''Wei, aku cakap dengan kau ni.
Boleh lak berangan.'' Kata Eliya geram. Waktu ni, kami sedang lepak kat
bilik tidur aku. Dia ni kawan baik aku yang kenal dari kecik lagi. Boleh
dikatakan kembar. Aku pergi mana mesti dia ada. Susah senang kami bersama.
Tersengih aku dengar dia membebel. Siapa tak marah kalau kita bercakap orang tu
tak ambil perhatian.
''Sorry. Kau cakap apa tadi?'' Jawab aku.
''Sorry. Kau cakap apa tadi?'' Jawab aku.
''Kau ingat tak pasal majlis malam
ni? Kau ni bukan boleh percaya sangat. Benda penting pun kau boleh lupa.''
''Majlis?? Majlis apa?'' Setahu aku mana ada majlis. Fikir
Maira. Fikir.
''Ya Allah! Wei, aku lupa
la!!'' Eee macam mana aku boleh lupa pasal majlis yang bos aku jemput.
Macam mana ni. Aku dah gelabah tahap gaban dah ni. Mana taknya, majlis tu start pukul 9 malam sekarang pukul 7 lebih.
''Itu la kau. Nasib baik aku ada
tau. Kalau tak naya kau.'' Jawab Eliya dengan bangganya. Minah ni
memang kuat perasan. Tapi ada betul jugak cakap dia. Aku memang lupa pasal
majlis malam ni. Sibuk dengan kerja kat pejabat lagi.
''Kalau kau ada pun, kau boleh
buat apa? Masalah aku sekarang ni, baju nak pergi majlis ta ade. Baju kat
almari aku semua tak sesuai untuk pergi majlis. Lagipun,kalau nak beli baju
memang tak sempat punyallah. Adoi.'' Aku dah kehulu kehilir. Fikir pasal baju.
''Wei, cuba duduk kejap. Pening
aku tengok kau kehulur kehilir. Kalau aku ada, aku boleh buat kau relaks sebab
aku dah belikan kau dress untuk majlis malam ni. Itu la kau, yang sibuk sangat
dengan kerja sampai lupa benda lain.'' Dah mula dah membebel. Tapi aku tak
kisah, sebab membebel-membebel dia pun, dia tolong aku. Kejap lagi berhenti lah
sendiri. Buat tak tahu je. Hehehe..
''Sakitnya hati aku. Aku tengah
nasihatkan kau, kau boleh gelak sorang-sorang. Membazir air liur aku je cakap
dengan kau. Malas aku nak cakap dengan kau.'' Pulak. Merajuk kawan aku sorang ni.
''Ala jangan la marah. Kau kan kawan aku,kalau kau tak nak cakap dengan aku, siapa yang nak kejutkan aku pergi kerja. Kau jugak yang susah kena jawab dengan bos.'' Jawab aku sambil peluk dia dengan muka sedih. Senang je nak pujuk dia. Cakap sikit ayat-ayat touching kompem dia tak merajuk da.
''Ala jangan la marah. Kau kan kawan aku,kalau kau tak nak cakap dengan aku, siapa yang nak kejutkan aku pergi kerja. Kau jugak yang susah kena jawab dengan bos.'' Jawab aku sambil peluk dia dengan muka sedih. Senang je nak pujuk dia. Cakap sikit ayat-ayat touching kompem dia tak merajuk da.
''Ye la. Kau kalau bab memujuk memang
power.''
''Memang aku power. Kau je tak tau. Hahaha...''Jawab aku dengan gelak yang kuat.
''Memang aku power. Kau je tak tau. Hahaha...''Jawab aku dengan gelak yang kuat.
''Dah dah. Kau kalau dah gelak tak
ingat dunia dah. Ni tunggu kejap aku nak pergi ambil dress yang aku beli untuk
kau.'' Terus dia pergi ke bilik tidur yang terletak
dekat sebelah bilik tidur aku. Macam mana la agaknya rupa dress yang Eliya bawa nanti. Jangan la vouge sangat. Majlis biasa je pun. Tapi
bukan boleh percaya sangat dengan dia ni. Pantang ada majlis apa-apa, melaram
la dia dengan dress yang ala-ala mak datin.
Mentang-mentanglah anak orang kaya. Memang aku tak nafikan, dia anak orang
kaya, tapi family dia tak pernah berlagak atau sombong
dengan kekayaan diaorang.
''Nah. Ambil ar tengok. Kau ni pelik
sikit. Kalau nak tengok kau pakai baju yang lawa-lawa memang susah. Selalu je
pakai t-shirt dengan seluar jean. Sekarang ni, dah ade majlis, aku nak kau
pakai dress yang aku dah belikan untuk kau.'' Sambil baling baju kat muka aku. Ingat
muka aku ni almari ke.
''Agak-agakla kalau ya pun nak
bagikat aku. Tak payah nak baling kat muka aku. Sepelik-pelik aku ,aku kawan
kau gak kan. Aku memang tak sukalah pakai lawa-lawa ni. Bukannya penting
pun.'' Balas aku
sambil tengok baju yang Eliya bagi. Cantik. Itu yang aku dapat cakap waktu
tengok dress labuh yang berwarna biru muda. Warna
favourite aku. Kain pun lembut. Tapi aku rimas dengan manik-manik kat dress ni.
Majlis biase je pun. Kan dah cakap si Eliya ni mesti pilih ala-ala mak datin.
''Wey, aku tak berapa suka la dengan
benda-benda yang melakat kat dress ni.'' Rungut aku. Tak boleh cakap
lebih-lebih nanti ade yang merajuk. Yela dah ada orang bagipun banyak songeh.
''Aku tak kira kau suka ke tak
suka. Malam ni,aku nak kau pakai dress ni .Kalau tak,siap!'' Ungut Eliya. Ada hati nak ugut aku.
Sebelum dia ugut aku, aku belasah dulu nanti.
''Yela aku pakai dress ni, tapi
kali ni je ek.Lepas ni aku malas nak pakai dress apa-apa je la.''
''Macam ni la kawan aku. Dengar
cakap.''
''Ek eleh. Aku ikut cakap kau ni pun sebab terpaksa je.''
''Ek eleh. Aku ikut cakap kau ni pun sebab terpaksa je.''
''Ada aku kisah kau terpaksa ke apa.
Yang penting aku nak kau cantik kat majlis tu nanti. Biar semua lelaki terpegun
tengok kau. Famous gitu. Aku nak makeup kan kau. Touch up sikit-sikit
je.'' Pelik aku
dengan minah ni. Excited je. Selama ni mana ada. Ke ada apa-apa yang aku tak
tau. Ke perasaan aku je kot.
''Pakai dress okey lagi tapi makeup jangan paksa aku. Seumur hidup aku, aku tak pernah nak makeup bagai. Rimas aku tengok.'' Ini yang aku malas ni. Kalau nak makeup segala. Itu yang aku malas nak ikut cakap si Eliya ni. Macam mana ni.
''Pakai dress okey lagi tapi makeup jangan paksa aku. Seumur hidup aku, aku tak pernah nak makeup bagai. Rimas aku tengok.'' Ini yang aku malas ni. Kalau nak makeup segala. Itu yang aku malas nak ikut cakap si Eliya ni. Macam mana ni.
''Please...Untuk malam ni
je...Lepastu suka hati kau la nak pakai ke tak.'' Pujuk Eliya.
''Sorry aku tak boleh nak ikut
cakap kau kali ni.'' Sedikit tegas suara aku. Ye lah suruh buat benda yang aku tak suka
memang aku marah la.
''Takpe la... Malam ni kita pergi naik kereta kau ek?Aku punya rosak.'' Jawabnya tanpa nada. Merajuk pulak dah. Ini yang aku malas ni. Kali ni aku malas nak pujuk.
''Takpe la... Malam ni kita pergi naik kereta kau ek?Aku punya rosak.'' Jawabnya tanpa nada. Merajuk pulak dah. Ini yang aku malas ni. Kali ni aku malas nak pujuk.
''Okay. Kita gerak lepas Isyak
and thanks for this dress.''Ucapku. Selepas itu, dia keluar dari bilik aku
untuk menyiapkan diri. Selesai aku solat Isyak, aku keluar dari bilik selepas
siap memakai dress yang Eliya berikan dengan shawl bewrna
biru dan putih ke ruang tamu sementara tunggu Eliya bersiap, aku menonton tv
cerita Korea. Hehehe.... Aku minat jugak la pasal Korea ni.
''Jom. Aku dah siap ni.'' Panggil
Eliya di tepi aku. Aku melihatnya dengan dress yang dipakainya kelihatan sama
dengan aku cuma berbeza sedikit sahaja dan warna. Aku tutup tv dan mula
bergerak ke pintu. Aku cuma memakai kasut tumit tinggi 3 inci yang berwarna
putih. Perjalanan ke majlis itu memakan masa 15 minit. Sesampai sahaja di pintu
masuk, kami terjumpa dengan tunangan Eliya, Ezmir. Eliya terus meninggalkan aku
sorang-sorang. Aku ni dah la tak pernah pergi majlis yang ada orang-orang yang
berpangkat besar. Takut pun ada jugak la. Aku tak ada kenalan di dalam majlis
ini. Nak cari bos tak jumpa lagi. Sedang aku mencari bos, aku terlanggar dengan
seorang lelaki. Yang lebih teruk,aku terbaring dekat atas badan dia. Arghh.
Malunya!! Aku cepat-cepat bangun dan betulkan shawl yang sengit sedikit.
Perasaan bersalah menguasai diri. Aku cepat-cepat memohon maaf.
''Encik maafkan saya.Saya tak sengaja.'' Ucapku tanpa memandang wajahnya. Malu untuk berhadapan dengannya.
''Kalau ya pun nak cakap, pandang la muka. Ni pandang lantai. Apa muka I tak cukup hensem ke sampai pandang lantai tu?'' tutur lelaki itu. Suara itu. Fikiran aku je kot. Aku mengangkat muka dan melihat muka lelaki tersebut. Terkejut, marah. Itu yang dapat aku gambarkan. Cuma lelaki itu kelihatan tenang. Apa yang dia buat kat sini. Aku mula gelabah dan tak tentu arah.
''Are you okay?'' Tanya lelaki ini sambil memengang tangan aku.
''Jangan sentuh aku!'' Terus sahaja aku merentap tangan aku. Aku tidak kisah tentang tetamu yang lain. Yang penting aku hendak keluar dari dewan ini. Aku sms kepada Eliya yang aku pulang dan tidak dapat menumpangkanya. Dia tidak bertanya dengan lebih lanjut. Pelik. Biasanya dia ni penyibuk tapi kali ni tak kisah. Aku berlari parking kereta. Aku terdengar ada orang menjerit namaku tapi aku tidak peduli. Baru sahaja aku mahu membuka pintu kereta, tanganku direntap kuat sehingga aku didalam pelukan lelaki itu.
''Lepaskan aku la bodoh!!'' Sambil meronta-ronta dalam pelukan lelaki ini. Semakin aku meronta, semakin kuat pelukannya.
''I won't let you go this
time.'' Bisiknya.
''Apa yang kau nak daripada aku
hah?!'' Tengking
aku sambil cuba melepaskan diri dari pelukannya. Aku ditolak rapat ke dinding
kereta dan kini jarak kami tersangatlah dekat sehingga aku boleh mendengar
deruan nafasnya. Tangan kanan dilekapkan di pintu kereta manakala wajahnya pula
ditundukkan sedikit membuatkan aku terus memejamkan mata. Baru sahaja ingin
berlari menjauhi lelaki ini,tangan kirinya pula dilekapkan pada pintu
membuatkan aku terkurung.
''I cuma nakkan you je.'' Jawab lelaki itu. Gila! Entah apa dia
nak dari aku.
''Kau nak apa lagi hah?! Tak puas
lagi nak musnahkan hidup aku?!'' Disebabkan marah dan rimas dengan kehadiran lelaki ini,
aku menjerit meminta tolong.''Tolong! Tolong ada pero...'' Tidak sempat
aku menghabiskan kata-kataku, dia menekup mulutku.
''Jangan sampai I buat apa yang you nak cakap tadi.Ingat I tak tahu you nak cakap apa?I ada hak keatas you sepenuhnya'' Ugut lelaki ini.
''Hak apa?! Suami atas kertas
je kan? Kau penyebab semua ni. Kau perangkap aku. Family aku buang aku
disebabkan kau. Apa yang kau nak sebenarnya. Lepaskanlah aku. Dah dua tahun aku
hidup tanpa keluarga aku.'' Merayu aku. Aku benci lelaki dihadapan aku ini.
''No. I takkan lepaskan you
walau apapun terjadi. I cintakan you semenjak kita zaman universiti lagi.''
Tegas dia
menjawab. Cinta konon. Kalau cinta dia takkan tergamak nak buat perkara yang
telah mengubah hidupku.
Aku menolak badannya yang
hampir denganku dan terus aku masuk ke dalam kereta. Aku memandu pulang ke
rumah .Sesampai sahaja aku terus mengunci pagar dan masuk ke bilik. Aku
memikirkan bagaimana dia boleh berada di majlis. Yang peliknya Eliya langsung
tak kisah tentang diri aku. Kalau tak,dialah yang paling menyibuk .Ataupun dia
telah tahu mengenai lelaki itu. Takpe nanti dia balik aku tanya. Kenangan pahit
yang sudah aku lupakan kembali dalam ingatan setelah aku berjumpa dengan lelaki
tadi.
Peristiwa dua tahun yang
lalu kembali mengimbau dalam ingatan.
*Nak tau ape jd ? Kena bce part yang seterusnya.