Thursday, December 19, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 9)


       Daniel melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia mengeluh memikirkan hubungannya dengan isterinya. Dia sudah buat macam-macam untuk memulihkan hubungannya tapi usahanya sia-sia kerana isterinya langsung tidak memberi peluang untuknya. Berita tentang isterinya akan berpindah, gembira bukan kepalang apabila mendengar Humaira setuju untuk tinggal bersamaya. Nasib baik kawan baik isterinya sudi menolong untuk memujuk isterinya.

       Tok ! Tok !

       ''Masuk'' Ujar Daniel. Dia menghalakan pandangannya kearah pintu untuk melihat siapa yang ingin berjumpa dengannya. Terpampang muka sepupunya Izz Rayyan.

       ''Asal muka masam je bro?'' Ujar Izz seraya duduk berhadapan Daniel.

       ''Bini aku tulah. Aku tak tau nak buat macam mana lagi untuk dia terima aku. Macam-macam aku dah buat.'' Luah Daniel sambil meraup mukanya.

       ''Oo... Yang assistant aku tu? Macam mana kau boleh kahwin dengan dia?'' 

       ''Dialah. Aku cerita ni kau jangan nak heboh pulak nanti.'' Lalu Daniel menceritakan apa yang telah dia lakukan 2 tahun lepas.

       ''Maksudnya, kau tak rogol dia?'' Soal Izz bingung.

       ''Aku minta tolong pekerja hotel perempuan yang uruskan dia. Aku langsung tak sentuh dia. Aku bukanlah lelaki yang akan ambil kesempatan lagi-lagi orang yang aku sayang. Aku terpaksa buat macam tu sebab aku dah mati kutu nak buat apa lagi supaya dia jadi milik aku.''

       ''Kau tolong aku boleh tak? Sambung Daniel.

       ''Tolong apa? Insya-Allah kalau boleh, aku tolong.''

       ''Kau bagitaulah dia yang aku ni tak seteruk yang dia sangka. Ala... Kau pujilah aku sikit. Kalau boleh buat sampai dia percaya. Boleh kau tolong?''

       ''Hmm... Demi sepupu aku, aku akan usahakan. Harap-harap dia percayalah nanti.'' Balas Izz dengan senyuman yang penuh makna.

       ''I hope so. Kau dengan kawan dia je harapan aku.''

       ''Okaylah. Aku pun kena pergi office aku balik. Apa-apahal nanti aku inform kat kau.'' Izz bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Dia memirkan hubungan Daniel dan Humaira.

       Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, di fikirannya hanya untuk merosakkan rumah tangga sepupunya. Dia langsung tidak menyapa sesiapa pun. Sesampai sahaja di bilik pejabatnya dia terus masuk dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Daniel meminta tolong untuk memulihkan hubungannya dengan Humaira. Jangan harap aku nak tolong kau Daniel. Alang-alang isteri kau bencikan kau untung aku dapat janda berhias. Aku akan dapatkan Humaira. Getus hati Izz.

  ********

       Asal Izz tak tegur aku?. Kalau tak setiap kali lalu, setiap tulah duk singgah meja aku paling tak pun tegur. Dia lupa ke petang nanti ade temujanji dengan Dato' Hisyam. Aku malas betullah nak masuk bilik dia ni. Tapi dah memang tugas aku kena ingatkan dia. Haishh. Dengan malas aku bangun dan melangkah ke arah bilik itu. Buku nota yang aku tulis dengan pelbagai tarikh dan maklumat tentang Izz aku bawa bersama. Pintu kuketuk sebelum masuk. Selepas mendapat kebenaran, tombol pintu aku pulas dan menapak masuk ke dalam bilik.

       ''Encik Izz ada temujanji dengan Dato' Hisyam waktu lunch.'' Aku lihat di helaian buku nota untuk memastikan tarikh temujanji. Aku mengalihkan pandangan kearah Izz dan dia sedang merenungku. Tak selesa aku apabila matanya terus memandangku. Aik dia ni nak goda aku ke? Maira jangan nak perasanlah.

       ''Encik Izz!'' Aku menjerit sedikit. Kelihatan dia tersentak dan memgelabah.

        ''Hmm. . . Apa yang you cakap tadi?'' Izz memandang tetap kearah aku. Isk, dia ni. Aku dah cakap mengelamun lagi. Malas betullah.

       ''Encik Izz ada temujanji dengan Dato' Hisyam waktu lunch.'' Ulang aku sekali lagi.

       Entah kenapa aku tidak betah berada di dalam bilik bersama lelaki ini. Mungkin disebabkan perasaan suka aku pada dia masih menatap di hatiku. 

       ''Humaira! Are you listening?'' Soal Izz.

       Aku hanya mengeleng kepala menjawab pertanyaan dia. Aku lihat dia mengeluh sambil meraup muka. Apa yang harus aku lakukan. Lebih baik aku pergi dari sini dari duk tercegat dekat sini menghadap muka dia.

       ''Saya keluar dulu ya.'' Aku melangkah keluar dari bilik. Baru beberapa langkah namaku dipanggil. Isk, dia ni nak apa lagi. Aku memusingkan badanku menghadap dia. Dia kelihatan gelisah hendak bercakap denganku. Cepatlah cakap Izz oi. Aku dah penat berdiri daripada tadi.

       ''Ada apa Encik Izz? Kalau takde hal penting nak cakap saya keluar dulu. Esok-esok jelah encik cakap ek ?'' Aku berura-ura hendak keluar selepas lama aku menanti butir bicara keluar dari mulutnya.

       ''I love you, Humaira.'' Aku berhenti melangkah. Mataku membulat. Aku terus melangkah keluar dari bilik. Tidak sanggup berlama-lamaan di situ. Masakan tidak, orang yang aku suka meluahkan perasaan yang telah lama aku tunggu walaupun status aku sebagai isteri. Pengangan di lengan membuatkan langkah aku berhenti. Terus aku merentap dan memusingkan badan.

       Terus sahaja aku memarahinya kerana memengang lenganku walaupun berlapik dengan bajuku. Mungkin disebabkan aku terlalu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan status isteri.

       ''I'm sorry.'' Aku berganjak ke belakang demi menjarakkan ruang antara aku dan dia.

       ''I cuma nak you tahu yang I memang sukakan you sejak kita kat sekolah lagi dan perasaan suka tu bertukar cinta selepas I dapat tahu yang you kerja dengan I.'' Dia meluahkan perasaannya dekat aku. Separuh hati aku gembira dengan apa yang didengari dan separuh lagi rasa bersalah kerana berhubungan dengan lelaki lain. Mungkin kerana ada suami.

       Kau ada suami ke Humaira? Soal satu suara.

       Mestilah ! Kan Daniel tu suami aku! Balas aku.

       Sejak bila pulak kau mengaku yang Daniel tu suami kau? Bukan ke selama ni kau tak mengaku ke dia tu suami kau? Kau tak cintakan dia. Tak sayangkan dia. Ujar suara itu seakan mengejek. Aku tersentak. 

       ''Saya minta maaf encik sebab saya tak boleh terima perasaan encik. Encik pun dah tahu yang saya sudah berkahwin dengan Daniel. Saya minta maaf.'' Terang aku dengan separuh rela.

       ''Tapi I tahu yang you tak cintakan suami you kan?'' Duga dia. Aik, macam mana dia tahu pasal rumah tangga aku. Takkan Daniel bagitahu.

       ''Apa yang encik merepek ni? Dah nama pun suami saya, tentulah saya cintakan dia.'' Bangkang aku. Hal rumah tangga aku tak boleh hebohkan kat siapa-siapa pun. Aku ingat ketika aku membuka laman sesawang dan tebaca sebuah hadis.

       Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebar luaskan rahsia mereka."

       ''Tak you tipu. Daniel sendiri cakap yang you dengan dia kahwin sebab diatur oleh keluarga. Jadi dia membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan ini secepat mungkin bila keluarga dia dan you boleh terima perpisahan nanti.'' Terang Izz panjang lebar.

       Aku tersentak mendengar butir bicaranya. Pandai pulak Daniel menipu hal ni. Tapi betul ke dia nak lepaskan aku? Asal tetiba aku rasa sedih je bila dengar dia nak lepaskan aku, padahal perkara tulah yang aku tunggu. Takkan aku sayangkan dia. Tapi kalau betullah dia nak lepaskan aku, kenapa dia caring sangat dengan aku.

       ''So, lepas dia ceraikan you, I akan jaga you sebaik mungkin.'' Sambung Izz.

       ''No! Hal rumah tangga saya biar saya dan Daniel sahaja yang tahu. Encik tolong jangan masuk campur.'' Pintaku. Aku tidak sanggup mendengar butir bicara yang bakal keluar dari mulutnya. Aku terus keluar dari bilik dan pergi ke tempatku. Aku bersandar di kerusi sambil meletakkan tangan di dahi.

       Sediakah aku untuk bersama dengan Daniel walaupun sekadar tinggal sebumbung. Apakah aku akan bergelar janda tidak lama lagi. Mengapa aku berasa sedih apabila Izz cakap Daniel nak ceraikan aku. Maira, wake up! Takkan kau cintakan Daniel. Kau kena ingat dia yang buat hidup kau merana.

       Kalau kau cintakan Daniel tak salah pun. Dia suami kau. Mungkin apa yang dia buat 2 tahun lepas bersebab.  Jangan menidakkan perasaan kau Maira kelak kau juga yang merana jika dia cari perempuan lain. Ujar satu suara.

       Argh! Aku cintakan Daniel? Tapi dia akan ceraikan aku tak lama lagi. Apa yang harus aku lakukan selepas aku tinggal sebumbung dengannya. Bagaimana aku hendak buang perasaan cinta ini jika dia melayan aku dengan baik.

       Hentakan di meja mematikan lamunanku. Aku pandang ke hadapan dan terpamer wajah Eliya. Aku hanya diam dan tidak hiraukan kewujudannya.

       ''Hoi! Aku ada kat depan mata kau, kau boleh buat derk je.'' Eliya melambaikan tangannya di mukaku. Aku hanya diam tak terkutik.

       ''Asal bad mood je aku tengok daripada tadi? Ada masalah? Kau tak nak share dengan aku tak?'' Soal Eliya.

       ''Takpelah. Kali ni biar aku sorang je pendam masalah ni. Takkan nak bergantung dengan kau je. Hari ni kau nak pindah. Aku pulak kena tinggal dengan Daniel.''

       '' Kau ni buat aku risaulah. Kau tak sabar ke berdebar nak tinggal dengan Daniel?''  Sempat lagi Eliya tersenyum nakal. Aku hanya mengelengkan kepala. Malas melayan perangai gila si Eliya ni. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

        ''Dah-dah kau pergi balik tempat kau. Entah kerja dah siap belum. Menyemak tempat aku je kau ni.''

        ''Kau halau aku? Takpe kau. Tak nak kawan. Dahlah hari ni last day aku.'' Ujar Eliya dengan mimik sedih yang sengaja dibuat.

      ''Tak payah nak emo sangatlah.''

      ''Lunch nanti nak pergi sama-sama tak?''

      ''Tak bolehlah. Aku kena follow Encik Izz pergi date dengan Dato' Hisyam.''

      ''Hmm.. Takpelah.'' Ujar Eliya dan terus berlalu dari tempatku.

********

       ''Humaira, jom kita gerak sekarang.'' Tangan yang sedang membelek timbunan kertas terhenti dan aku menghalakan pandangan ke hadapan. Terpinga-pinga aku mendengar ajakan daripada Izz. Nak pergi mana pulak. Kerja aku pun tak siap lagi.

      ''Nak pergi mana?''

      ''Kan I ada temujanji dengan Dato' Hisyam. Lupa ke?''

      ''Ohh... Encik Izz turun dulu saya turun kemudian.'' Aku ambil beberapa fail yang perlu dibawa ketika perjumpaan nanti.

       Sepanjang perbincangan, aku langsung tidak memberi perhatian kerana aku masih keliru dengan prasaanku terhadap Daniel. Jika betul aku cintakan Daniel, aku harus jauhkan diri daripadanya sebelum dia ceraikan aku. Selesai sahaja perbincangan, aku terus balik ke tempat kerja. Mujur aku menolak ajakan Izz untuk menaiki kereta bersamanya. Aku terus memandu ke tempat kerja. Aku langsung tak makan tengahari.

 ********

       ''Wei, asal cepat sangat kau nak pindah?'' Aku bertanya seraya duduk sebelah Eliya. Ketika ini, kami berada di ruang tamu.

       ''Nak buat macam mana. Mak aku dah bising suruh aku kerja dengan ayah aku. Memang aku kena kerja kat sanalah.'' Terang Eliya. Aku hanya termenung. Mana aku tak sedih bila Eliya nak pindah. Dialah orang yang paling rapat denganku sejak kecil lagi. Lagi-lagi sejak ibu bapaku buang aku. Dialah segala-galanya bagi aku. Dengan siapa lagi aku hendak bergantung. Bila memikirkan perkara itu membuatkan aku sebak. Aku cuba untuk tahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir.

        ''Janganlah sedih. Macam kau tak boleh jumpa aku langsung. Nanti sekali-sekala kau datanglah rumah aku. Tak payah nak malu-malu. Rumah aku, rumah kau jugak.'' Sambung Eliya bila aku tidak memberi perhatian kepada percakapannya. Tahu-tahu saja empangan air mata yang aku tahan mengalir. Eliya kelihatan terkejut. Dia terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku menangis teresak-esak di bahunya.

        ''Hei, hei. Kenapa nangis ni? Bukannya aku pergi jauh pun. Dekat je. Kau janganlah macam ni. Buat aku tak nak pindah je.'' Pujuk Eliya sambil tangannya mengusap belakangku. Aku terus melepaskan pelukan dan mengelap sisa air mata dengan belakang tapak tangan. Setelah tangisanku reda, aku tarik nafas.
 
        ''Aku cuma fikir nanti lepas kau pindah dekat siapa lagi aku nak kongsi segala suka dan duka aku. Selama 2 tahun ni, kau je tempat untuk aku luahkan segalanya selepas ibu ayah aku buang aku.'' Ujar aku.

        ''Daniel tu bukan orang ke? Kau kena ingat dia suami kau jadi apa gunanya suami kalau menjadi tempat luahan isteri. Aku harap lepas ni, hubungan kau dan Daniel akan pulih. Amin.'' Eliya berkata sambil menadah tangannya dan mengaminkan.

        Kalaulah kau tahu yang Daniel akan lepaskan aku, agaknya kau pindah atau terus tinggal dengan aku. Ayat itu hanya aku katakan di dalam hati. Aku harus rahsiakan daripada Eliya. Cukuplah dia menjadi pendengar segala masalah antara aku dan Daniel. Aku tidak mahu dia tertekan disebabkan aku dan Daniel. Kali ini biarlah aku dan Daniel sahaja yang uruskan sendiri.

        ''Aku nak minta maaf kat kau kalau aku ada buat kau sakitkan hati kau atau buat kau tertekan. Aku minta maaf sangat-sangat.'' Ujarku.

       ''Hari ni hari raya ke? Aku rasa lambat lagi.'' Eliya jeling aku sekilas sebelum membuat gaya orang berfikir. Aku terus mencubit pehanya. Dia menjerit kesakitan. Aku membuat muka selamba. Tulah mainkan aku lagi.

        ''Kau ni ketam eh? Kalau bab cubit memang handal. Boleh lebam peha aku. Kurang duit hantaran nanti.'' Omel Eliya sambil mengusap bahagian yang aku cubit.

        ''Kaulah. Aku serius kau main-main pulak. Takde kurangnya duit hantaran kau nanti. Ezmir tu sayangkan kau sangat.'' Eliya akan melangsungkan perkahwinannya 2 bulan lagi. Tak sabar aku nak jadi pengapit Eliya.

        ''Kau nak minta maaf kat aku macamlah nanti tak jumpa terus. Aku kahwin nanti jumpa jugak. Tak payah nak minta maaf kat aku. Kau takde salah apa-apapun kat aku.'' Ujar Eliya. Aku bersyukur ada kawan macam kau, Eliya.

        Tok! Tok!

       Aku dapat teka siapa yang mengetuk pintu. Eliya bangun dan menuju ke arah pintu. Apabila pintu terbuka, terpampang wajah Daniel. Kulihat Eliya terus masuk ke dalam biliknya mungkin hendak memberi ruang kepada aku. Daniel melangkah dan duduk bersebelahan denganku.

       ''Dah siap semuanya? Kalau dah, jom gerak sekarang.''

       Daniel merenung aku tanpa mengalih sedikit pun pandangannya. Naik rimas aku dibuatnya. Cakap tu tidak perlulah sampai tenung orang macam nak terkam. Gerun pula aku memikirnya.

       ''Semua dah siap. Tunggu aku nak ambil semua barang dari bilik pastu jumpa Eliya kejap.'' Aku bingkas bangun dan menuju ke dalam bilikku. Aku mengambil beg dan meletakkan berdekatan pintu. Aku terus menuju ke bilik Eliya.

       Aku melangkah keluar dari bilik itu. Mataku tak usah dicakap. Sembab. Daniel kulihat sudah ketawa. Aku tidak kisah apa dia nak cakap. Aku terus memakai tudung yang terletak di atas sofa. Daniel mengambil beg dan keluar dari rumah.

        ''Take care. Aku harap lepas ni kau jangan nak keras kepala dengan Daniel. Belajar untuk cintakan dia. Syurga kau di bawah telapak kaki Daniel walau apapun. Lainlah korang bercerai. Tapi aku harap perkara tu takkan terjadi.'' Panjang lebar Eliya bagi ceramah. Tadi dalam bilik pun dia dah bagi ceramah. Haih, nak buat macam mana dapat kawan macam ni. Nasib baik dia tak jadi peguam kalau tak mau bernanah telinga aku dibuatnya.

        Memang aku cintakan Daniel, Eliya cuma aku tak dapat nak luahkan perasaan sebab dia akan ceraikan aku. Aku akan jauhkan diri daripada dia walaupun tinggal sebumbung. Kata-kata itu aku cuma luahkan dalam hati.
 
       Kami berpelukan seketika sebelum aku keluar dari rumah ini. Bersediakah aku untuk tinggal bersama Daniel?


*Amacam okey tak? 





Tuesday, November 19, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 8)


       Sudah 2 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke rumah ibubapaku. Aku takut jika mereka tidak menerima aku hanya disebabkan peristiwa itu. Apa yang aku harus lakukan untuk membuktikan yang aku tidak bersalah agar mereka boleh menerimaku semula. Hidupku tidak bermakna kerana telah dibuang keluarga. Ini semua Daniel punya pasal. Satu lagi masalah Eliya harus berpindah dan jika aku tinggal sorang kat sini mesti duit sewa aku kena bayar sepenuhnya. Mana nak cekau duit nak bayar sewa rumah, duit nak makan lagi. Nak cari orang lain tinggal sama tak sempat dah sebab Jumaat ni Eliya dah pindah. Nanti-nantilah kot fikir hal ni. Hentakan di meja menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Aku pandang hadapan dan terpamer wajah Eliya. Eee.. Minah kalau tak cari pasal dengan aku sehari memang tak sah. Aku memandang Eliya dengan riak tak puas hati.

       ''Janganlah marah. Aku tengok daripada tadi kau asyik termenung je. Asal ni?'' Soal Eliya prihatin.

       ''Takde apalah. Aku just pening nak fikir lepas kau pindah ni apa yang aku nak buat.'' Ujar aku.

       ''Kan aku dah bagi idea kat kau, kau tak nak. Apa susah suami dah ada tapi nak jugak duk sorang-sorang. Bila aku tegur mulalah kau cakap aku bela dia. Kau kena fikir yang kau tu perempuan pastu duduk sorang-sorang. Dibuatnya nanti apa-apa jadi kat kau siapa yang tolong kau? Cubalah bagi peluang dekat Daniel. Jangan keraskan hati kau. Aku tahu yang kau masih takut peristiwa 2 tahun lepas tapi kau kena mintak penjelasan daripada Daniel. Mungkin ada sebab tertentu dia buat macam tu.'' Panjang lebar Eliya bercakap.

       ''Kau cakap senanglah. Tapi yang kena aku. Kau bayangkan yang kau ada kat atas katil tanpa seurat benang dengan seorang lelaki yang kau tak suka dulu, Ezmir. Bayangkanlah! Memang aku takut tapi disebabkan peristiwa tu jugaklah sekarang aku tak percaya lelaki. Kau jangan SALAHKAN aku tapi SALAHKAN Daniel.'' Tegas aku. Ternyata riak wajah Eliya kelihatan terkejut mungkin disebabkan kata-kataku. Sengaja aku tekankan perkataan salahkan untuk menunjukkan siapa yang bersalah dalam hal 2 tahun lepas. Kedegaran Eliya mengeluh.

       ''Satu je aku mintak, kau tinggallah dengan Daniel lepas aku pindah nanti. Aku risau jadi apa-apa kat kau nanti. Please demi aku. Tinggal dengan Daniel.'' Pujuk Eliya.

       ''Yela-yela. Bagi aku nombor fon dia kat aku. Puas hati?'' Soal aku. Mungkin Eliya tersinggung dengan kata-kataku tapi dia tetap bagi nombor Daniel.

       ''Okaylah. Aku pergi tempat kerja aku. Nanti lunch sama-sama tak?'' Aku hanya mengelengkan kepala. Takde mood aku nak makan lepas berdebat dengan Eliya.

 ********

       Semua orang sudah keluar pergi makan. Tinggal aku seorang di sini. Aku mengeluarkan telefon bimbitku daripada handbag. Nombor Daniel aku tekan dan telefon lekapkan telefon di telinga.

       ''Assalamualaikum.'' 
       ''Waalaikumussalam. Macam mana kau boleh ada nombor aku?''
       ''Aku mintak dekat Eliya. Aku nak cakap yang aku tinggal dengan kau lepas Eliya pindah.''
       ''Betul ke ni? Petang ni jugak aku datang rumah kau ambil barang kau.''
       ''Aku tak kemas pape lagilah. Esok jelah kau datang.''
        ''Takpe. Aku tolong kau kemas apa yang patut.''
        ''Suka hati kaulah. Okaylah, aku letak dulu.''
        ''Kejap...kejap. Kau dah makan ke?''
        ''Dah.'' Terpaksa aku membohong.
         ''Hmm.. Takpelah. Asslamualaikum.''
         ''Waalaiumussalam.''

********

       Tok! Tok! Tok! ''Asslamualaikum!'' 

       ''Waalaikumussalam. Kejap.''
Sahut aku.

       Aku bangun daripada sofa dan menuju ke pintu rumah. Buka sahaja pintu, muncul muka Daniel. Dia kelihatan segak memakai baju berkola bewarna merah dan seluar jeans. Sesuai dengan kulitnya. Terpaku sekejap aku ketika melihatnya.

       ''Ehem!'' Tersentak aku. Terus aku memalingkan muka kearah lain.

       ''Tak nak bagi aku masuk ke?'' Soal dia. Kelam kabut aku mengambil kunci yang tersangkut bersebelahan dengan pintu. Aku mengundur untuk memberi ruang kepadanya masuk ke dalam rumahku. Aku menutup pintu dan duduk di sofa.

       ''Mana kawan kau Eliya?'' Soal dia seraya duduk di sebelah aku. Aku menjarakkan kedudukan kami walaupun jaraknya tidak rapat sangat cuma aku tidak selesa.

      ''Dia keluar.'' Balasku.

      ''Kau dah kemas apa yang patut ke?''

      ''Sikit je. Lagipun aku mana ada banyak baju. Cukuplah kot. Nanti hari Jumaat aku bawak sikit je nanti.

      ''Mana beg yang kau dah siap?'' Aku pergi ke bilik dan membawa 2 beg yang sudah aku isi hampir kesemua baju yang aku ada. Aku hanya tinggalkan beberapa helai baju sebelum aku berpindah. Aku meletakkan beg-beg berdekatan dengan pintu. Aku berjalan kearah dia yang sedang ralit menonton tv.

      ''Kau nak minum apa-apa tak sebelum balik ni?'' Soal aku. Entah kenapa aku dengan rela hati hendak membancuh air untuknya walhal aku membencinya. Apa yang tak kena dengan kau ni Maira.

       ''Boleh je. Dapat jugak aku rasa air tangan kau walaupun air. Hmm.. Aku nak milo.'' Ujarnya. Aku pergi ke dapur dan membancuh milo. Aku membawa cawan dan mensuakan kepadanya. Dia mengambil dan menghirup dalam beberapa hirup. Dia ni dahaga sangat ke? Aku mengambil cawan yang kosong dan letak atas meja makan. Aku mengikut langkahnya ke pintu. Dia mengambil 2 beg dan memusing menghadap aku. Lantas dahiku dicium dan mengusap kepalaku. Dia membisik ''thanks sebab sudi tinggal dengan aku walaupun dipaksa Eliya. Apa-apapun aku betul-betul happy.'' Aku hanya tersenyum dan melihat kelibatnya yang hilang dari pandangan.

       Aku dah boleh agak mesti Eliya report jugak kat Daniel. Malas aku nak sembur Eliya. Aku kunci pintu dan duduk di sofa. Macam mana agaknya kehidupan aku lepas tinggal dengan Daniel? Lama aku termenung sehingga tidak sedar Eliya sudah pulang. Aku terus masuk ke dalam bilik sebab perasaan marah aku terhadap Eliya masih ada. Aku termenung di dalam bilik. Lepas ni tak dapatlah tidur katil ni lagi. Apalah yang kau merepek ni. Tinggal 2 hari je lagi sebelum aku tinggal dengan Daniel. Sedihnya sebab nanti tak dapat jumpa Eliya.


*Amacam? Best ke tak? Sye dah cbe sehabis baik. Well , nantikan part yg seterusnyeee.. 

Tuesday, October 29, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 7)


       Pening kepala aku fikirkan pasal benda ni. Tadi Eliya balik aku terus 'sembur' dia. Padan muka dia siapa suruh gatal sangat bagitahu semua pasal aku dekat lelaki tu. Tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Sebelum kahwin dulu, aku dah pernah cakap pasal syarat-syarat lepas aku kahwin dengan dia. Saja cari masalah kat aku Eliya ni. Dahlah Eliya nak pindah hujung minggu ni. Aku tak cari lagi kawan kat ofis aku yang boleh aku tumpang tinggal. Esok kerja lebih baik aku tidur. Boleh mengahadap muka Izz Rayyan tu. Hilang stress.


********


       ''Good morning Humaira.'' Terus aku pandang ke hadapan. Wajah yang aku nanti-nantikan telah berada dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Izz Rayyan.

       ''Good morning Encik Izz.'' Balas aku dengan senyuman yang paling manis. Bila difikirkan balik, aku ni macam nak goda dia je. Padahal dah ada lelaki nak kat aku tapi nak jugak kat orang lain.

       ''You dah breakfast? Kalau belum, jom teman I.'' Ajak dia. Jangan ditanya kompem aku nak punya tapi kenalah cover sikit nanti cakap aku gelojoh pulak.

       ''Saya belum breakfast lagi. Alang-alang Encik dah ajak bolehlah saya ikut sekali sebab kawan saya kali ni takde pergi teman tunang dia.'' Ujar aku.

       ''Baguslah kalau macam tu. Memandangkan this is first time we breakfast, I'll treat you.'' Jimat duit aku kalau tiap-tiap hari macam ni.

       ''Betul ke ni?'' Soalku acuh tak acuh.

       ''Tak payah banyak cakap. Jom kita pergi kedai mamak dekat bawah.'' Ujarnya. Terkejut aku sebab fikir dia nak makan dekat kedai mewah.

       ''Apa lagi termenung tu. Cepatlah.'' Gesa dia. Cepat-cepat aku ambil beg tanganku dan mengikut dia dari belakang. Sepanjang berjalan kaki ke kedai mamak, aku memikirkan macam mana dia boleh makan dekat kedai mamak sebab kat luar negara mana ada kedai mamak. Dia biasa ke nanti dan tiba-tiba lenganku ditarik menyebabkan aku di dalam pelukan seseorang. Bila aku mendongak, orang itu ialah Izz.

       ''You ni dah gila ke ?!'' Jerit dia. Aku hanya diam kerana terkejut lagi dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tiba-tiba aku nampak kelibat Daniel bersama seorang perempuan. Aku cepat-cepat menolak Izz daripada memeluk aku. Aku tak tau kenapa aku mengelabah takut Daniel salah sangka. Aku tengok muka dia bersahaja. Aku terus pergi kedai mamak tanpa menghiraukan Izz yang terpinga-pinga. Takkan aku jealous dengan Daniel kot.

       ''You okay tak ni ?'' Soal Izz risau setelah kami tiba di kedai mamak.

       ''I okay je cuma terkejut tadi. Sorry kalau buat you risau.'' Ujar aku. Pelayan tiba untuk meminta pesanan kami. Aku cuma order nasi lemak dan milo panas. Fikiranku melayang memikirkan siapa perempuan yang bersama Daniel tadi. Kenapa tiba-tiba aku rasa sakit pulak. Takkan aku sayangkan dia. Tersentak aku apabila ada orang menyapa.

       ''Hai Izz. Kebetulan terserempak. May I join?'' Suara itu. Tidak asing bagi aku. Tidak perlu berpaling kerana aku sudah siapa yang bercakap. Izz memandangku dan mengajak gerangan itu untuk menyertai kami. Daniel mengambil tempat di sebelah aku manakala perempuan yang bersamanya di sebelah Izz. Aku gelisah kerana takut Izz pelik kenapa Daniel mengambil tempat disebelah aku padahal dia boleh mengambil tempat disebelah Izz. Tapi Izz hanya mendiamkan diri. Mungkin dia tidak kisah lalu Daniel dan perempuan memesan makanan. Aku menahan diri daripada menanyakan siapa perempuan yang bersama Daniel.

       ''Tak nak kenalkan siapa perempuan ni Dan?'' Soal Izz. Berdebar-debar aku menunggu jawapan daripada Daniel.

       ''Ohh... Lupa nak kenalkan. This is my assistant Liana'' Fuhh. Asal aku lega pulak ni. Tiba-tiba tanganku digengam di bawah meja oleh Daniel. Aku tarik tanganku tapi semakin erat digengam. Terus aku memijak kakinya terlepaslah ngengaman itu. Tersenyum puas aku.

       ''Kenapa you senyum sorang-sorang? Ada benda kelakar ke ?'' Soal Izz. Semua mata yang berada di meja ini memandang aku. Aku gelengkan kepala.

       ''Izz kau tak nak kenalkan ke siapa girl yang kau peluk tepi jalan tadi?'' Tanya Daniel sambil menjeling kearah aku. Agak sinis bagiku. Gelabah aku dibuatnya. Kena ke nak sebut peluk tepi jalan.

       ''Itu assistant aku Humaira. Aku bukan sengaja nak peluk dialah. Tadi dia mengelamun sampai melintas tak tengok kiri kanan dulu.'' Ujar Izz panjang lebar.

       ''Nak berkenalan boleh Humaira?'' Soal Daniel. Ish dia ni.

       ''Sorry aku tak layan mamat macam kau. Bukan taste aku.'' Ujar aku. Aku dapat melihat air mukanya berubah. Biarlah sibuk sangat nak bercakap dengan aku lagipun tangan dia tak duduk diam. Rimas aku. Izz sibuk bercakap dengan Liana seperti sudah lama kenal. Pelayan sampai dengan membawa makanan yang kami pesan. Aku makan dengan berselera sekali. Selesai sahaja kami semua makan, Izz pergi ke kaunter untuk membayar. Liana sudah lama pergi ke mana entah. Aku mengucapkan terima kasih kepada Izz.

       ''Izz aku nak pinjam assistant kau kejap boleh? Nanti aku pulangkan balik.'' Ujar Daniel. Terkesima aku. Aku memandang simpati kepada Izz supaya dia tidak membenarkan Daniel 'meminjam' aku.

       ''Boleh tapi jangan lama sangat sebab nanti aku perlukan dia.'' Ujar Izz. Nak nangis rasa. Pergelangan tanganku dicapai oleh Daniel dan ditarik ke keretanya. Nak tak nak terpaksa aku memasuki keretanya kerana melihat dia memandang tajam ke arahku.

       ''Nak pergi mana ni? Sekarang kan waktu kerja. Aku ada banyak kerja nak buat.'' Bohongku. Aku terpaksa berbohong demi menjauhkan diri daripada dia.

       ''Jangan nak tipu aku. Kerja kau sabagai assistant tak banyak mana pun sebab kau just aturkan perihal Izz tu je.'' Ujarnya. Aku pelik kerana dia menggunakan aku-kau bukan lagi I-you.

       ''Asal guna aku-kau? Bukan kau ke yang tak bagi guna?'' Soalku.

       ''Aku dah malas nak ambil tahu pasal kau. Apa yang aku cakap kau tak ambil peduli pun. Aku penat layan kerenah kau.'' Ujarnya lemah. Terdiam aku. Entah kenapa aku rasa bersalah kerana langsung tidak kisah apa yang disuruhnya. Takkan sebab dia suami aku, aku terus ikut cakap dia. Perkahwinan ni tak patut diadakan. Mengusutkan fikiran aku je.

       ''Kau sekarang nak bawak aku pergi mana?'' Soalku. Aku pandang ke arahnya dan dapat meihat raut wajahnya hampa. Asal dia nak kecewa pulak ni. Pening aku kalau macam ni.
   
       ''Aku tak nak bawak kau pergi mana-mana pun. Just nak cakap dengan kau dalam kereta je.''Ujarnya lemah. Aku pelik dengan tingkah lakunya. Macam dah putus asa je. Pasal apa agaknya. Perasaan ingin tahu menguasai aku. Takkan nak tanya dia pulak. Nanti perasan aku tak care dengan dia.

       ''And one more thing, kau tak payah nak tinggal dengan aku or aku tinggal dengan kau. Aku baru teringat pasal syarat yang kau letak sebelum kita kahwin. Sekarang kau tak payah risau pasal hal ni.'' Terkesima aku. Tak habis dengan satu masalah datang lagi satu masalah. Dia ni serious ke. Kalau betullah dia tak kisah dengan aku, kenapa tak lepaskan aku je.

       ''Betul ni? Baguslah kalau macam tu. Tenang hidup aku. Memandangkan kau dah tak nak ambil tahu pasal aku, asal kau tak lepaskan aku je. Senang. Aku dan kau boleh hidup aman.'' Shritt... Habis sahaja aku berkata, dia membrek kereta secara tiba-tiba. Nasib baik tiada kereta berada di belakang. Baru sahaja aku mahu menghamburkan kegeraman aku, tajam matanya memandangku. Kecut aku. Dia membawa kereta berhenti di tepi jalan. Aku sudah takut kerana mungkin dia akan apa-apakan aku.

       ''Yang kau berhenti tepi jalan ni kenapa?'' Soalku pelik.

       ''Saja. Nak tenung muka kau puas-puas.'' 

        ''Jangan nak merepek. Bawak aku pergi office sekarang.''

        ''Ye la. Kau ni tak nyempatlah nak pergi office tu. Macam nak jumpa pakwe je gaya. Ke kau ada sebenarnya?'' Syak dia. 

        ''Aku takde pakwelah. Yang kau tiba-tiba tuduh aku asal ?'' Geram aku. Suka-suki dia je nak tuduh aku. Dia terus bawa keretanya ke tempat kerja aku. Sampai sahaja di hadapan bangunan kerjaku, aku terus masuk ke dalam dan menuju ke lift untuk naik ke tingkat atas. Aku menuju ke mejaku yang terletak berhampiran di bilik Izz.

 ********

       ''Bestlah kan orang tu ada orang take care dengan dia. Aku jugak takde siapa-siapa pun nak take care.'' Eliya bersuara sedih. Tahu sangat nak perli aku.

       ''Laa... Yeke? Kesian Ezmir tak dihargai langsung keprihatinan dia. Kalaulah dia tahu, habislah orang tu. Huru-hara nanti.'' Balasku. Aku nampak raut wajah Eliya berubah masam. Hah siapa suruh perli-perli aku. Kan dah kena.

       ''Apa kau ni? Aku hargailah keprihatinan dia tu tapi tak macam orang tu. Wei, kau rasa ada yang tak kena kat Izz tak?''

       ''Apa yang tak kenanya? Okay je aku tengok.''

       ''Takdelah aku tengok Izz tu macam ada hati kat kau. Cara dia pandang kau tu lain.''

       ''Ishh takkanlah. Kau je kot fikir lain. Aku rasa okay je.'' Ujarku. Eliya pun perasan aku fikir aku sorang je rasa. Kalau betullah apa yang Eliya cakapkan ni apa yang aku kena buat. Izz tak tahu yang aku sudah berkahwin.

       ''Apa yang kau fikirkan tu?'' Soal Eliya. Tersentak aku. Aku hanya mengelengkan kepala dan terus masuk ke dalam bilik. Aku tidak boleh melelapkan mata kerana banyak masalah yang timbul dalam hidupku. Masalah tentang Izz dan Daniel. Dulu kalau aku ada masalah pasti ibu orang pertama yang akan membantu aku menyelesaikan masalah. Wajah ibu dan ayah terbayang di fikiranku. Aku amat merindui mereka. Aku anak tunggal dan selama ini aku bermanja dengan keluarga aku. Apabila aku terpisah dengan keluargaku, hanya Eliya tempat aku meluahkan segala yang terbuku di dalam hati aku. Bagaimana aku harus lakukan supaya ibu dan ayah percaya akan kata-kataku yang dulu. Akhirnya aku terlelap dengan perasaaan rindu mengunung terhadap ibu dan ayah.
 


*Akhirnya siap jugak part 7. Kalau ada yang kurang tegurlah ye ..

Wednesday, October 2, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 4)


       ''Aku terima nikahnya Balqis Humaira Binti Azman dengan mas kahwin RM100 tunai.'' Dengan sekali lafaz, kini aku milik Daniel Asyraff yang sah. Air mata mengalir kerana mengenangkan nasibku yang bakal datang. Mungkin orang berfikir aku menangis gembira tetapi tidak. Tersentak aku apabila tangan ku dicuit. Aku memandang ke arah Eliya. Hanya Eliya sahaja yang aku kenal dan percaya aku tentang kes tangkap khalwat. Ahli keluarga aku seorang pun tidak hadir.

       Bila terkenangkan kembali peristiwa beberapa hari yang lepas, membuatkan aku sebak. Sekali lagi tangan aku dicuit. Aku memandangnya dengan muka yang tertanya-tanya. Dia  menjuihkan mulutnya ke hadapan. Apabila aku pandang ke hadapan, muka yang paling aku benci sedang menghadap aku. Baru aku perasan dia sedang menunggu untuk menyarungkan cincin di jari aku. Dalam keadaan yang terpaksa, aku mensuakan juga tanganku untuk disarungkan cincin. Aku dapat mengesan riak kegembiraan di mukanya. Mungkin juga dia gembira kerana dia telah dapatkan aku dan dapat 'harta' aku.

       ''Salamlah tangan laki kau tu. Semua orang dah tengok.'' Ujar Eliya berbisik. Mana taknya kalau semua orang yang ada kat majlis ini pandang aku semacam bila aku kaku tidak salam suami. Terpaksa juga Daniel menarik tangan aku dan menyuruh aku menyalaminya. Ketika dia mencium dahiku, sempat dia berbisik.''I love you''


********


       Bosannya. Habis sahaja majlis nikah tadi, aku terus mengajak Eliya untuk pulang ke rumah. Malas mahu menghadap muka lelaki itu lama-lama. Teringat kembali syarat-syarat yang aku letakkan sebelum pernikahan ini berlaku. Syarat pertama, tinggal berasingan. Kedua, perkahwinan ini harus orang tertentu sahaja yang boleh tahu.

       ''Maira aku tak percaya betullah dia sanggup buat kau macam tu sekali.'' Ujar Eliya ketika kami berehat di ruang tamu. Aku sudah ceritakan semua apa yang terjadi kepada Eliya sebalik saja aku daripada pejabat JAIS. Dia hampir-hampir membuat laporan polis apabila mendapati aku hilang. Balik saja, aku terus diaju beberapa soalan daripadanya. Terkejut mendengar apa yang telah aku lalui.

       ''Dah nak buat macam mana. Sekarang aku takde keluarga disebabkan dia.'' Sebak aku berkata. Eliya terus mendakap aku. Mungkin juga dia mengerti perasaan aku.

       ''Jangan cakap macam tu. Kau boleh anggap keluarga aku macam keluarga kau. Lagipun  kita rapat daripada kecik lagi.''

       ''Terima kasih sebab tolong dan bagi semangat kat aku. Kau kawan aku dunia akhirat''

        Sedang kami melayan perasaan masing-masing, kedengaran pintu diketuk. Eliya melepaskan pelukan dan pergi melihat siapa yang datang ke rumah. Tersengih-sengih dia apabila memusingkan badannya. Pelik aku dibuatnya.

       ''Your hubby datang. Baru berapa jam, dah rindu. So sweet.'' Ujar Elia dengan muka terujanya.

       ''Dia ni nak apa lagi. Sibuk sangat nak jumpa aku. Rimas betullah dia ni.'' Rungut aku. Aku terus pergi ke pintu. Tersengih Daniel apabila melihat aku menghampirinya.

       ''Nak apa datang sini?'' Soal aku dingin tanpa melihat wajahnya.

       ''I nak jumpa wife I salah ke ?'' Jawabnya. Isteri konon. Menyampah aku dengar jawapannya. Isteri apanya kalau paksa aku kahwin. Aku tak faham kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku. Macam tiada perempuan lain yang boleh dibuat isteri. Dulu awek keliling pinggang. Sekarang tergila-gilakan aku.

       ''Siapa cakap salah? Aku cuma tak suka kau datang sini. Menyemak je. Kau dah dapat apa yang kau nak, malah lebih daripada itu kan? So, apa yang kau tunggu lagi? Blah ah!''

       ''How dare you talking to me like that?! I am your husband and you must respect me! I come here just want to see you and you chase me?!'' Tengking Daniel. Mukanya merah menyala menahan marah. Ingat aku takut sangat ke.

       ''Tau pun nak marah? Yang kau langsung tak hormat aku sebagai perempuan boleh pulak?! Who told you to come and see me?'' Marah aku. Apa kau ingat kau sorang je boleh speaking? Aku pun boleh la. Segala yang terpendam dalam hati aku, aku luahkan. Aku sudah tidak kisah dimana kami berada. Tanpa mempedulikan panggilannya, aku terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

********            

       ''Maira , bangun kau dah lambat nak pergi kuliah!'' Jerit Eliya. Perlahan-lahan aku membuka mata. Lambat nak pergi kuliah mana pulak ni. Aku mengambil telefon bimbit di bawah bantal tidurku dan melihat waktu sekarang. 7:45 pagi ?! Aku dah lambat nak pergi kuliah. Macam mana ni. Kelam kabut aku masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik semalam sebelum tidur aku sudah menggosok tudung bawal. Aku hanya mengenakan T-shirt putih  dan jeans serta tudung bawal berwarna biru. Tidak sempat aku hendak makan makanan yang Eliya masakkan.

        Sedang aku berjalan kaki hendak ke Universiti, ada sebuah kereta berhenti di tepi aku. Bila aku menoleh, itu kereta suami aku. Malas mahu berhadapan dengannya, aku terus berjalan kaki. Tersentak aku apabila lenganku ditarik dan terus dibawa masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga aku.

       ''Lainkali, bila dah lambat call I. Biar I yang hantar you. Nasib baik kawan you call I bagitau you lambat bangun. You mimpikan I ke sampai lambat bangun?'' Tanya dia sambil tersengih nakal. Kenapa hari ni dia banyak cakap. Tak marah lagi ke pasal semalam. Nak call dia macam mana kalau nombor telefon pun tiada. Bila masa pula Eliya ada nombor dia. Aku mimpikan dia. Memang taklah jawabnya.

       ''Kenapa diam je ni?'' Eee... Rimasnya aku. Bila aku diam, dia sibuk tanya. Bila aku cakap, gaduh pula nanti.

       ''Suka hati akulah nak diam ke nak bercakap ke. Cepatlah bawa kereta ni. Dahlah aku lambat.'' Ujar aku. Sesampai sahaja di parking kereta, aku keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih.

********          

       ''Wei, bila kau dapat nombor Daniel tu?'' Tanya aku. Ketika ini, aku dan Eliya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Habis sahaja kuliah, aku terus balik ke rumah takut suami aku tunggu.

       ''Dia yang bagi nombor dia kat aku semalam lepas kau masuk bilik.'' Takut-takut Eliya bercakap. Mungkin dia rasa bersalah kerana memberitahu Daniel yang aku lambat bangun pagi tadi.

       ''Hmmm... Takpe lah. Lainkali, kau tak payah nak buat report kat dia. Bukannya penting pun''

       ''Dia suami kaulah. Dia berhak tahu.'' Bela Eliya.

       ''Ada aku kisah. Apa yang aku tahu, dia tak perlu ambil tahu pasal aku. Kau tak payah pandai-pandai nak report kat dia. Aku tak suka.'' Tegas aku. Tiada mood aku hendak menonton cerita di televisyen. Aku bangun dan masuk ke bilik. Sempat aku dengar keluhan Eliya. Dia tak rasa apa yang aku rasa.


*Best tak kali ni? Ramai sangat suruh cepat buat sambungan. Harap part ni takkan menghampakan korang semua. 

Monday, September 30, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART3)


       ''Wei, jom pergi Pavilion nak tak? Exam kan habis, enjoylah.'' Tanya aku. Baru petang boleh lagi nak jalan-jalan. Memang bosan gila. Nak buat kerja, exam baru je habis.

       ''Okay gak tu. Aku pun tengah bosan ni.'' Ujar Eliya

       ''Good. Set, sekarang jugak kita keluar.'' Cepat-cepat aku bangun nak pergi ke bilik untuk bersiap.

       ''Takkan nak pergi sekarang kot?!'' Jerit Eliya.

       ''Memang ar. Takkan nak keluar tahun depan. Dah cepat siap. Kalau tak aku tinggal.'' Ugut aku. Bukannya boleh percaya sangat kat minah ni, kalau bersiap mengalahkan mak datin. Aku terus masuk ke bilik dan bersiap.

********

       ''Nak buat apa datang sini?'' Tanya Eliya.

       ''Tanya lagi soalan serupa orang lembab. Nak enjoylah.'' Ujar aku selamba sambil melilau tengok apa yang boleh aku shopping.

       ''Agak-agak nak cakap aku lembab. Kalau aku lembab takdenya aku belajar sampai sekarang.''

       ''Yela-yela. Jom kita pergi kedai baju tu. Aku tengok ada baju yang cantik.'' Ujar aku sambil tarik tangan Eliya.

********

       ''Wei , aku dah tak larat ni. Kaki aku nak tercabut rasa. Kau tak penat ke dangan bawak barang lagi.'' Tanya Eliya sambil termengah-mengah. Kami berehat sebentar.

       ''Aku nak pergi ladies kejap, jaga barang-barang ni tau.'' pesan aku. Yelah barang mahal tu dibuatnya tercicir, mau sawan kejap. Hahaha

       ''Ye aku jaga. Takut sangat barang dia hilang. Cepat pergi nanti terkucil pulak kat sini.''

       Sedang aku berjalan hendak ke tandas, aku rasa seperti ada yang memerhati. Aishh . Dahlah tandas ni tersorok dari ramai orang dengan dekat dengan pintu keluar. Aku mempercepatkan langkah ke tandas. Baru hendak masuk, aku ditarik dan mulut aku ditutup dengan kain. Aku meronta-ronta ingin melepaskan diri, tetapi pautan diketatkan lagi. Penglihatanku kabur dan perkara terakhir yang aku lihat adalah tempat parking.

********

       Perlahan-lahan aku membuka mata. Samar-samar aku melihat keadaan di sekililing. Ada televisyen, sofa, aircond dan apabila aku ingin melihat di tepi aku, ada seorang lelaki sedang meniarap di sebelah aku. Menyedari keadaan ini, cepat-cepat aku melihat diri aku. Aku hanya dibaluti selimut tanpa seurat benang pun dan tanpa berfikir, aku sudah tahu yang lelaki ini dalam keadaan yang sama sepertiku. Jahanam lelaki ini. Aku menangis sepuas-puasnya. Dugaan apa yang telah Kau berikan kepadaku. Terbayang wajah ibu dan ayah yang telah banyak berkorban untuk aku dan aku telah menghancurkan impian mereka. Bagaimana aku mahu teruskan hidup

       Terasa seperti lelaki ini telah terjaga mungkin disebabkan tangisan aku, laju sahaja aku menoleh kerah lelaki ini. Siapa gerangan yang telah menghancurkan hidup aku sekelip mata sahaja. Apabila dia memusingkan badannya, aku terkejut dan marah. Daniel Asyraff. Ya Allah, bagaimana dia boleh berada di sebelah aku dan dalam keadaan yang paling memalukan. Aku mengesot ketepi sedikit bagi menjarakkan kedudukan antara aku dan dia. Jijik rasa bila memikirkan tentang apa yang telah dibuat oleh dia terhadap aku. Baru aku teringat tentang kata-katanya yang akan mendapatkan aku walaupun terpaksa menggunakan cara kasar.

       Tidak sempat untuk membuka mulut, kedengaran pintu diketuk. Aku berasa tidak sedap hati kerana dalam keadaaan yang begini dan rencana Daniel untuk mendapatkan aku. Cepat sahaja dia pergi kearah pintu setelah dia berpakaian dengan aku membelakangkannya. Riak mukanya tidak menunjukkan yang dia gelisah dan tidak bersalah dengan apa yang dia telah lakukan. Sementara dia berbicara dengan JAIS, kerana aku terdengar dia menafikan yang dia tinggal seorang. Aku memakai pakaian yang bertaburan di lantai serta tudung dan duduk di atas katil seolah tiada apa yang berlaku dan merelakan sahaja apa yang berlaku.

       ''Astagfirallahallazim. Kami dah agak pasti perkara yang sebegini berlaku. Harap je pakai tudung, tapi perangai nau'zubillah. Cepat bawa mereka ke balai dan telefon ahli keluarga mereka.'' Ucap salah seorang daripada lima orang yang sedang memandang aku dengan jijik. Tapi mereka tidak tahu apa yang telah berlaku bukan seperti yang mereka fikirkan. Aku tidak membantah walaupun dicemuh kerana mereka tidak akan percaya. Aku memandang Daniel dan dia hanya memandang lantai. Bagaimana aku harus berhadapan dengan ibu dan ayah. Aku mahu mereka bangga kerana aku bakal mendapat segulung ijazah tidak lama lagi.

********

       ''Anak tak kenang budi!! Apa salah aku sampai kau sanggup menconteng arang kat muka aku?!'' Marah En. Azman ayah kepada Humaira. Pap ! Tangannya hinggap ke pipi mulus Maira. Bagaikan halilintar apabila mendengar berita tentang anaknya ditangkap khalwat. Semua didikan telah dicurahkan kepada anaknya tetapi sanggup anaknya membuat onar. Mahu sahaja ditendang anaknya itu tetapi sempat ditahan oleh isterinya Pn. Maimun. Isterinya hanya mampu menangis ketika perjalanan dan sampai sekarang.

       ''Ayah ampunkan Maira ayah. Maira tak salah. Ini semua dirancang. Maira orang teraniaya. Ibu, pandanglah Maira. Jangan buat Maira macam ni.'' Pujuk aku. Walau macam mana sekali pun aku tidak akan berputus asa hendak meminta ampun kepada ibu dan ayah.

       ''Aku takkan ampunkan kau. Kau bukan anak aku lagi! Aku takde anak macam kau. Jom Maimun kita pergi dari sini.'' Ucap ayah sambil memengang tangan ibu. Terasa bagaikan batu besar menghempap diri aku apabila mendengar kata-kata ayah tadi. Empangan air yang aku tahan bercucuran mengalir.

       ''Jangan buat Maira macam ni ayah. Demi Allah, Maira tak buat perkara terkutuk ni.'' Pujuk aku. Ayah dan ibu hanya berlalu. Aku hanya boleh melihat sahaja kepergian mereka. Terasa bahuku di sentuh, aku berpaling. Melihat sahaja wajah ini, membuatkan aku benci yang amat. Cepat sahaja aku menepis tangannya.

       Sejak tadi, Daniel melihat adengan selepas selesai urusan tentang tangkap khalwat tadi. Mereka diberi beberapa hari untuk membuat apa yang penting sebelum mereka berkahwin.

       ''Jangan sentuh aku! Aku benci kau! Kau yang buat parents aku benci aku! Pergi dari sini!'' Jerit aku.

       ''You nak pergi mana? Dah malam, jom I hantar. Tak elok you nak jalan sorang-sorang, bahaya. You dahlah perempuan'' Pujuk dia.

       ''Kau tak payah tunjuk baik sangatlah! Aku perempuan ke lelaki ke suka hati aku nak buat apapun. Kau sibuk apahl?!'' Marah aku. Bila diingatkan apa yang berlaku, hati aku sebak kerana 'harta' yang telah aku jaga selama ini, hilang sekelip mata.

       ''You tu bakal isteri I. Mestilah I kena ambil tahu.''

       ''Siapa nak kahwin dengan kau hah?! Perasan!'' Ujar aku sambil hendak berlalu dari situ. Tidak betah hendak berlama-lama di sini.

       ''Tak nak kahwin dengan I? Ada lelaki lain ke yang nak kahwin dengan you? I rase takde sape dah nak kat you.'' Sinis dia berkata membuatkan aku berhanti melangkah. Tanganku ngengam menahan rasa marah. Berani dia bercakap soal ini.

       ''Apa kau ingat lepas apa yang kau buat kat aku, aku takut dengan kau? Hei! Aku takkan kahwin dengan kau!''

       ''Kalau you mengandung, siapa yang malu? I okay je tapi you yang teruk kena.'' Ugut Daniel. Terpana aku dengan kata-kata dia. Ada kemungkinan yang aku boleh mengandung. Walau bagaimana pun aku larikan diri daripada dia, pasti aku kena terima dia dalam hidup aku.

      ''Baiklah. Aku akan kahwin dengan kau. Tapi ada syarat yang aku nak kau ikut.'' Tekad aku berkata.

           

*Macam mane best tak ?? Harap korang enjoy ;)

                  

Wednesday, September 25, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART2)


    

    Dua tahun yang lepas

''Eee kau ni memang manusia yang tak paham bahasa ke? Aku dah cakap jangan kacau aku kau buat jugak.'' Tanya aku dengan marah. Mana tak marah kalau ada je sorang pengacau tak bergaji. Asyik ikut je mana aku pergi. Lagi yang sakit hati bila aku marah dia tak kisah langsung. Senyum lagi ada la. Tensionnya!!! Nak je aku jerit tapi nanti mau terkejut semua orang yang tengah makan kat kafe. Dahlah kacau aku tengah makan.

''Ala... I mane ada kacau you pun. Dah I nampak you, I tegur la takkan itupun tak boleh?'' Tanya lelaki di hadapan aku.

Macam la aku tak tau yang dia ikut aku. Aku bukan syok sendiri tapi dah terang-terang yang dia ikut aku. Mana je aku pergi mesti ada dia.

''Bro, kau tak payah la nak temberang aku. Ingat aku tak tau kerja kau selama ni?'' Tanyaku sambil menjongketkan kening. Tersengih dia mendengar apa yang baru aku cakapkan. Ingat hensem sangatlah tu.

''I cuma nak pastikan yang you selamat je. You kan buah hati I'' Jawab lelaki ini.

Gila apa dia ni. Bila masa aku jadi buah hati. Syok sendiri apa. Aku mana ada perasaan kat lelaki ni. Macam manalah aku nak aman kalau dia asyik kacau aku je. Semenjak dia meluahkan perasaan dia kat aku, perangai dia makin menjadi-jadi. Masalahnya, dah banyak kali aku katakan yang aku tiada apa-apa perasaan padanya.

''Sejak bila lak aku jadi buah hati kau Daniel Asyraff?!'' Marah aku. Aku dah tak kisah semua orang tengok.

''I tak kisah apa yang you akan cakap. Tapi I akan dapat apa yang I nak. Ini anak Dato' Muzaffar la. Apa yang dia nak mesti dapat.Termasuk you.'' Tegas dia sambil menuding jarinya kemuka aku.

''Apa yang kau merepek ni hah?! Apa kau ingat kau anak dato', anak orang kaya, aku ikut cakap kau. Takkan. Jangan sesekali kau perasan yang aku takut dengan kau.'' Mataku mencerlung kearahnya.

''You takkan dapat lari dari I. I akan kejar you sampai dapat walaupun terpaksa guna cara kasar.''   Ugut lelaki ini. Argh! Dia ni memang tak faham bahasa langsung.

Malas aku nak amik tahu. Hilang selera aku nak sambung makan sebab lelaki ni. Aku bangun dan terus pergi ke rumah sewa yang terletak tidak jauh dari sini. Sesampai sahaja di rumah sewa, aku terus sahaja mengunci pintu pagar dan ke bilik. Sakitnya hati aku. Mamat psiko tu memang tak faham bahasa langsung. Macam mana nak buat bagi dia tak kacau aku dah. Nak cakap yang aku ni dah kahwin. Tak logic langsung. Calon takde mana datangnya suami.

''Assalamualikum ! Maira ohh Maira!'' Suara Eliya kedengaran.

Terkocoh-kocoh aku keluar untuk membukakan pintu pagar. Muka Eliya memang tak payah cakap. Cemberut gila. Aku dah agak apa yang membuatkan kawan aku ni cemberut je. Siapa lagi kalau bukan Ezmir, yang selalu mengayat kawan aku ni untuk jadikan awek. Itu takpe lagi setakat mengayat je kalau mamat psiko tu, bukan mengayat tapi lebih daripada nak dapatkan aku.

''Wei, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?''Tanya Eliya.

''Sorry, aku mengelamun tadi. Apa kau cakap?''

''Dahla tadi ade mamat yang buat aku marah balik rumah ingatkan boleh tenangkan fikiran last-last kau buat aku marah. Tensionnya.''

''Ala sorry ar. Aku cuma teringatkan kes tadi kat cafe.''  Ujar aku.

''Apa jadi wei ?'' Tanya Eliya. Lalu aku ceritakan apa yang berlaku di cafe dengan mamat psiko.

''Ish bahayanya. Kau tak takut ke Maira kalau dia buat apa yang dia cakapkan tu?''

''Takut tu memang ar takut. Tapi akukan ada tali pinggang hitam taekwando. Rilek ar. Sekali dia sentuh aku, kompem tumbang punyalah.''

''Berlagaknya minah ni. Dibuatnya dia upah samseng tepi jalan, boleh ke kau lawan? Aku tak sedap hati pasal mamat psiko tu. Setahu aku, dia ni jenis lelaki yang tekad. Apa yang dia cakap dia akan buat. Ada seorang senior cerita kat aku, mamat psiko tu, dulu pernah buang student laki kat sini sebab student tu, pernah kacau awek dia. Kau tahulah kan bapak dia pemilik Universiti ni, so memang boleh buat apa-apa. Itu yang aku risau sebab dia sendiri cakap yang dia akan kejar kau sampai dapat walaupun terpaksa guna cara kasar.'' Ujar Eliya. 

Betul ke? Ya Allah macam mana ni? Kalaulah betul dia akan dapatkan aku, aku kena lebih berhati-hati lepas ni.

''Buat sementara waktu ni, kau nak pergi mana-mana sekali dengan aku. Aku takut sesuatu akan terjadi bila kau sendiri.'' Tegas Eliya. Memang aku pun takut sekarang nak sorang-sorang.


*Agak-agak ape yang Daniel Asyraff akan buat utk dptkn Maira?? Nantikan part yang seterusnya. Peace ;)

Saturday, August 17, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART1)



      Izz Rayyan. Sebaris nama yang tidak dapat aku lupakan walaupun sudah beberapa tahun. Seorang budak lelaki yang aku minati ketika zaman persekolahan. Dia diminati ramai pelajar perempuan termasuk aku. Tamat sahaja persekolahan, dia berpindah di luar negara ke UK mengikut ayahnya berkerja. Sudah 9 tahun aku tidak menatap wajahnya. Sudah berkahwin ke belum. Teringat peristiwa ketika aku dibuli oleh senior-senior dia datang menolong aku. Aku gembira sangat tika itu.                         
          ''Wei, aku cakap dengan kau ni. Boleh lak berangan.'' Kata Eliya geram. Waktu ni, kami sedang lepak kat bilik tidur aku. Dia ni kawan baik aku yang kenal dari kecik lagi. Boleh dikatakan kembar. Aku pergi mana mesti dia ada. Susah senang kami bersama. Tersengih aku dengar dia membebel. Siapa tak marah kalau kita bercakap orang tu tak ambil perhatian.
           ''Sorry. Kau cakap apa tadi?'' 
Jawab aku.
           ''Kau ingat tak pasal majlis malam ni? Kau ni bukan boleh percaya sangat. Benda penting pun kau boleh lupa.'' 
           ''Majlis?? Majlis apa?'' Setahu aku mana ada majlis. Fikir Maira. Fikir.
          ''Ya Allah! Wei, aku lupa la!!'' Eee macam mana aku boleh lupa pasal majlis yang bos aku jemput. Macam mana ni. Aku dah gelabah tahap gaban dah ni. Mana taknya, majlis tu start pukul 9 malam sekarang pukul 7 lebih.
            ''Itu la kau. Nasib baik aku ada tau. Kalau tak naya kau.'' Jawab Eliya dengan bangganya. Minah ni memang kuat perasan. Tapi ada betul jugak cakap dia. Aku memang lupa pasal majlis malam ni. Sibuk dengan kerja kat pejabat lagi.
             ''Kalau kau ada pun, kau boleh buat apa? Masalah aku sekarang ni, baju nak pergi majlis ta ade. Baju kat almari aku semua tak sesuai untuk pergi majlis. Lagipun,kalau nak beli baju memang tak sempat punyallah. Adoi.'' Aku dah kehulu kehilir. Fikir pasal baju.
              ''Wei, cuba duduk kejap. Pening aku tengok kau kehulur kehilir. Kalau aku ada, aku boleh buat kau relaks sebab aku dah belikan kau dress untuk majlis malam ni. Itu la kau, yang sibuk sangat dengan kerja sampai lupa benda lain.'' Dah mula dah membebel. Tapi aku tak kisah, sebab membebel-membebel dia pun, dia tolong aku. Kejap lagi berhenti lah sendiri. Buat tak tahu je. Hehehe..
         ''Sakitnya hati aku. Aku tengah nasihatkan kau, kau boleh gelak sorang-sorang. Membazir air liur aku je cakap dengan kau. Malas aku nak cakap dengan kau.'' Pulak. Merajuk kawan aku sorang ni.
           ''Ala jangan la marah. Kau kan kawan aku,kalau kau tak nak cakap dengan aku, siapa yang nak kejutkan aku pergi kerja. Kau jugak yang susah kena jawab dengan bos.'' Jawab aku sambil peluk dia dengan muka sedih. Senang je nak pujuk dia. Cakap sikit ayat-ayat touching kompem dia tak merajuk da.

          ''Ye la. Kau kalau bab memujuk memang power.''
          ''Memang aku power. Kau je tak tau. Hahaha...''
Jawab aku dengan gelak yang kuat.
          ''Dah dah. Kau kalau dah gelak tak ingat dunia dah. Ni tunggu kejap aku nak pergi ambil dress yang aku beli untuk kau.'' Terus dia pergi ke bilik tidur yang terletak dekat sebelah bilik tidur aku. Macam mana la agaknya rupa dress yang Eliya bawa nanti. Jangan la vouge sangat. Majlis biasa je pun. Tapi bukan boleh percaya sangat dengan dia ni. Pantang ada majlis apa-apa, melaram la dia dengan dress yang ala-ala mak datin. Mentang-mentanglah anak orang kaya. Memang aku tak nafikan, dia anak orang kaya, tapi family dia tak pernah berlagak atau sombong dengan kekayaan diaorang.
           ''Nah. Ambil ar tengok. Kau ni pelik sikit. Kalau nak tengok kau pakai baju yang lawa-lawa memang susah. Selalu je pakai t-shirt dengan seluar jean. Sekarang ni, dah ade majlis, aku nak kau pakai dress yang aku dah belikan untuk kau.'' Sambil baling baju kat muka aku. Ingat muka aku ni almari ke.
           ''Agak-agakla kalau ya pun nak bagikat aku. Tak payah nak baling kat muka aku. Sepelik-pelik aku ,aku kawan kau gak kan. Aku memang tak sukalah pakai lawa-lawa ni. Bukannya penting pun.'' Balas aku sambil tengok baju yang Eliya bagi. Cantik. Itu yang aku dapat cakap waktu tengok dress labuh yang berwarna biru muda. Warna favourite aku. Kain pun lembut. Tapi aku rimas dengan manik-manik kat dress ni. Majlis biase je pun. Kan dah cakap si Eliya ni mesti pilih ala-ala mak datin.
            ''Wey, aku tak berapa suka la dengan benda-benda yang melakat kat dress ni.'' Rungut aku. Tak boleh cakap lebih-lebih nanti ade yang merajuk. Yela dah ada orang bagipun banyak songeh.
            ''Aku tak kira kau suka ke tak suka. Malam ni,aku nak kau pakai dress ni .Kalau tak,siap!'' Ungut Eliya. Ada hati nak ugut aku. Sebelum dia ugut aku, aku belasah dulu nanti.

               ''Yela aku pakai dress ni, tapi kali ni je ek.Lepas ni aku malas nak pakai dress apa-apa je la.''       
              ''Macam ni la kawan aku. Dengar cakap.''
            ''Ek eleh. Aku ikut cakap kau ni pun sebab terpaksa je.''
           ''Ada aku kisah kau terpaksa ke apa. Yang penting aku nak kau cantik kat majlis tu nanti. Biar semua lelaki terpegun tengok kau. Famous gitu. Aku nak makeup kan kau. Touch up sikit-sikit je.'' Pelik aku dengan minah ni. Excited je. Selama ni mana ada. Ke ada apa-apa yang aku tak tau. Ke perasaan aku je kot.
              ''Pakai dress okey lagi tapi makeup jangan paksa aku. Seumur hidup aku, aku tak pernah nak makeup bagai. Rimas aku tengok.'' 
Ini yang aku malas ni. Kalau nak makeup segala. Itu yang aku malas nak ikut cakap si Eliya ni. Macam mana ni.
             ''Please...Untuk malam ni je...Lepastu suka hati kau la nak pakai ke tak.'' Pujuk Eliya.
            ''Sorry aku tak boleh nak ikut cakap kau kali ni.'' Sedikit tegas suara aku. Ye lah suruh buat benda yang aku tak suka memang aku marah la.
            ''Takpe la... Malam ni kita pergi naik kereta kau ek?Aku punya rosak.'' 
Jawabnya tanpa nada. Merajuk pulak dah. Ini yang aku malas ni. Kali ni aku malas nak pujuk.
            ''Okay. Kita gerak lepas Isyak and thanks for this dress.''Ucapku. Selepas itu, dia keluar dari bilik aku untuk menyiapkan diri. Selesai aku solat Isyak, aku keluar dari bilik selepas siap memakai dress yang Eliya berikan dengan shawl bewrna biru dan putih ke ruang tamu sementara tunggu Eliya bersiap, aku menonton tv cerita Korea. Hehehe.... Aku minat jugak la pasal Korea ni.
            ''Jom. Aku dah siap ni.'' Panggil Eliya di tepi aku. Aku melihatnya dengan dress yang dipakainya kelihatan sama dengan aku cuma berbeza sedikit sahaja dan warna. Aku tutup tv dan mula bergerak ke pintu. Aku cuma memakai kasut tumit tinggi 3 inci yang berwarna putih. Perjalanan ke majlis itu memakan masa 15 minit. Sesampai sahaja di pintu masuk, kami terjumpa dengan tunangan Eliya, Ezmir. Eliya terus meninggalkan aku sorang-sorang. Aku ni dah la tak pernah pergi majlis yang ada orang-orang yang berpangkat besar. Takut pun ada jugak la. Aku tak ada kenalan di dalam majlis ini. Nak cari bos tak jumpa lagi. Sedang aku mencari bos, aku terlanggar dengan seorang lelaki. Yang lebih teruk,aku terbaring dekat atas badan dia. Arghh. Malunya!! Aku cepat-cepat bangun dan betulkan shawl yang sengit sedikit. Perasaan bersalah menguasai diri. Aku cepat-cepat memohon maaf.

             ''Encik maafkan saya.Saya tak sengaja.'' 
Ucapku tanpa memandang wajahnya. Malu untuk berhadapan dengannya.

             ''Kalau ya pun nak cakap, pandang la muka. Ni pandang lantai. Apa muka I tak cukup hensem ke sampai pandang lantai tu?'' 
tutur lelaki itu. Suara itu. Fikiran aku je kot. Aku mengangkat muka dan melihat muka lelaki tersebut. Terkejut, marah. Itu yang dapat aku gambarkan. Cuma lelaki itu kelihatan tenang.  Apa yang dia buat kat sini. Aku mula gelabah dan tak tentu arah.

               ''Are you okay?'' 
Tanya lelaki ini sambil memengang tangan aku.

             ''Jangan sentuh aku!'' 
Terus sahaja aku merentap tangan aku. Aku tidak kisah tentang tetamu yang lain. Yang penting aku hendak keluar dari dewan ini. Aku sms kepada Eliya yang aku pulang dan tidak dapat menumpangkanya. Dia tidak bertanya dengan lebih lanjut. Pelik. Biasanya dia ni penyibuk tapi kali ni tak kisah. Aku berlari parking kereta. Aku terdengar ada orang menjerit namaku tapi aku tidak peduli. Baru sahaja aku mahu membuka pintu kereta, tanganku direntap kuat sehingga aku didalam pelukan lelaki itu.

             ''Lepaskan aku la bodoh!!'' 
Sambil meronta-ronta dalam pelukan lelaki ini. Semakin aku meronta, semakin kuat pelukannya.

              ''I won't let you go this time.'' Bisiknya.

            ''Apa yang kau nak daripada aku hah?!'' Tengking aku sambil cuba melepaskan diri dari pelukannya. Aku ditolak rapat ke dinding kereta dan kini jarak kami tersangatlah dekat sehingga aku boleh mendengar deruan nafasnya. Tangan kanan dilekapkan di pintu kereta manakala wajahnya pula ditundukkan sedikit membuatkan aku terus memejamkan mata. Baru sahaja ingin berlari menjauhi lelaki ini,tangan kirinya pula dilekapkan pada pintu membuatkan aku terkurung.

                ''I cuma nakkan you je.'' Jawab lelaki itu. Gila! Entah apa dia nak dari aku.

              ''Kau nak apa lagi hah?! Tak puas lagi nak musnahkan hidup aku?!'' Disebabkan marah dan rimas dengan kehadiran lelaki ini, aku menjerit meminta tolong.''Tolong! Tolong ada pero...''  Tidak sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia menekup mulutku.

                ''Jangan sampai I buat apa yang you nak cakap tadi.Ingat I tak tahu you nak cakap apa?I ada hak keatas you sepenuhnya'' 
Ugut lelaki ini.

                 ''Hak apa?! Suami atas kertas je kan? Kau penyebab semua ni. Kau perangkap aku. Family aku buang aku disebabkan kau. Apa yang kau nak sebenarnya. Lepaskanlah aku. Dah dua tahun aku hidup tanpa keluarga aku.'' Merayu aku. Aku benci lelaki dihadapan aku ini.

                  ''No. I takkan lepaskan you walau apapun terjadi. I cintakan you semenjak kita zaman universiti lagi.''  Tegas dia menjawab. Cinta konon. Kalau cinta dia takkan tergamak nak buat perkara yang telah mengubah hidupku.

                   Aku menolak badannya yang hampir denganku dan terus aku masuk ke dalam kereta. Aku memandu pulang ke rumah .Sesampai sahaja aku terus mengunci pagar dan masuk ke bilik. Aku memikirkan bagaimana dia boleh berada di majlis. Yang peliknya Eliya langsung tak kisah tentang diri aku. Kalau tak,dialah yang paling menyibuk .Ataupun dia telah tahu mengenai lelaki itu. Takpe nanti dia balik aku tanya. Kenangan pahit yang sudah aku lupakan kembali dalam ingatan setelah aku berjumpa dengan lelaki tadi.

                      Peristiwa dua tahun yang lalu kembali mengimbau dalam ingatan.


*Nak tau ape jd ? Kena bce part yang seterusnya.