Saturday, November 19, 2016

Cerpen: Benci Bilang Sayang (Part 1)

    ''Mama, Ira nak pergi holiday dengan kawan-kawan boleh tak?'' soal aku dengan penuh mengharap. Wajah Mama aku tatap.

   ''Dekat mana? Siapa yang jaga kamu semua kat sana nanti? Umur baru 19 nak jalan jauh-jauh.'' kata Puan Huda. Die mengerling sekilas anaknya.

    ''Terengganu je mama. Ira dah ajak kakak untuk teman kami semua. Kakak on je. Boleh lah mama. Lama dah Ira kumpul duit nak holiday dengan kawan-kawan ni.'' Suara aku sengaja lembutkan. Berharap mama akan beri keizinan.

   ''Kamu tanya abah kamu tu. Kalau abah bagi, baru kamu boleh pergi.'' Puan Huda berkata sambil menonton rancangan kegemarannya.

   ''Alaa mama. Sah-sah tak boleh kalau tanya abah. Mama pujuklah abah eh?'' aku peluk lengan mama.

   Tidak perlu disoal kepada Encik Muhaimin sudah pasti jawapannya tidak. Abah seorang hakim di mahkamah. Aku sudah tahu jawapan yang akan diberikan nanti. Jangan dibantah kata-kata yang keluar dari Encik Muhaimin jika tidak mahu pertengkaran hebat berlaku.

   ''Tolonglah mama. Ira teringin sangat nak holiday dengan kawan-kawan.'' Muka sedih cuba aku buat. Untuk meraih simpati.

   ''Tengoklah dulu macam mana. Dah pergi sana! Sibuk je kamu ni. Kacau mama nak tengok rancangan ni.'' mama menolak aku. Aku hanya tersengih.

   Cepat-cepat aku masuk ke bilik. Group whatsapp aku buka. Kawan-kawanku ramai bertanya tentang holiday yang dijalankan.

   Babe, mcm mane? Parents korang bagi tak? Aku on. ~Lisa

    Aku on. ~ Farah

    Lek lu. Parents aku tak balik lagi ni. Haih. ~Tia

    Korang, aku tunggu abah dulu. Korang pun tau kan mcm mana abah aku tu. ~Aku

   Skrin handphone aku tatap. Entah boleh ke tidak aku ikut. Badan aku rebahkan atas katil. Pening memikirkan alasan yang harus aku berikan jika abah bertanya nanti.

   Bunyi dari handpbohe menandakan ada mesej dari whatsapp.

   Farah: Okay. Aku harap plan ni jadilah. Pakcik aku kat ganu tu, aku dah inform pasal plan ni tau. Dia dah booked bilik untuk kita semua. Free of charge !

   Lisa: Yeah! Bilik tu aku nak ada bathtub tau. Dapat berendam weh. Bestnyaaaa

   Farah: Eh kau jgn nak beranganlah! Aku dah ckp kt pakcik aku amik je bilik mana-mana pun.

   Tia:Hahaha. Punah hrpn lisa. :p

   Aku: Jgn nak excited sgt. Aku ni 50-50 boleh ke tidak. Wish me luck babe!

   Lisa:Yelah.. :( ((goodbye bathtub)) Gudluck Ira!

   Tia: Fighting!

   Farah: Kau buatlah drama air mata. Kasi hati abah kau cair.

   Aku: Hahaha. Okay.

   Jam aku kerling. Jarum menunjukkan angka lima. Aku bangun dan melangkah ke bilir air. Mahu mengambil mengambil wudu' dan menunaikan solat Asar.

********

   Semua ahli keluarga aku duduk di ruang tamu. Sememangnya selepas kami makan malam, semua akan duduk berehat di ruang tamu.

   ''Ira, mama cakap kamu nak pergi holiday. Bila?'' soal abah tapi matanya masih di kaca televisyen.

   ''Rancang bulan depan. Ira dengan 3 orang kawan lagi. Lisa, Farah dan Tia. Kakak pun join. Kalau pasal penginapan, pakcik Farah ada hotel. Farah cakap pakcik dia bagi kami menginap kat situ percuma. Kakak boleh jaga kami bila kat sana nanti.'' Panjang lebar aku bagi penerangan.

  ''Hmm.. Sebab apa Ira nak pergi holiday ni?'' soal abah.

   ''Saja nak hangout dengan kawan-kawan. Memang sebelum ni banyak kali dah kami keluar jejalan sama-sama tapi teringin nak jalan jauh. Hehehe.''Aku tersengih. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. No idea. Help me!

    ''Tak payah lah nak pergi. Kamu tu baru umur 19. Kakak tu pulak baru umur 23. Karang apa-apa jadi, siapa susah? Nanti bila dah cukup umur, pandai jaga diri, pergilah nak pergi mana pun. Sekarang ni,abah tak izinkan. Faham? Bukan apa, abah risau apa-apa jadi kat kamu semua tu. Nak harapkan kakak, hmm.. Sama je perangai. Dua kali lima.'' ujar abah.

    Aku lihat kakak tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh abah. Tidak suka orang komen tentang perangainya. Angan-anganku tentang perancangan holiday hancur musnah. Tidak!! Sedih apabila mendengar ketidakizinan abah. Hampir saja air mata ini mengalir aku tapi aku tahan. Tidak mahu dianggap cenggeng atau manja.

    ''Okay. Ira faham. Ira nak masuk bilik dululah. Mengantuk.'' Aku bangun dan salam mama dan abah. Sudah menjadi kebiasaanku untuk bersalam kedua ibubapa ku sebelum tidur.
 
    Aku melangkah lemah menuju ke biliku. Badanku rebahkan di atas tilam. Buat masa sekarang aku tidak mahu khabarkan kepada rakanku tentang ketidakizinan ayahku. Segala angan-anganku punah sebaik sahaja mendengar kata putus dari ayah. Takpelah ira, mungkin ada hikmah kenapa kau tak boleh pergi holiday. Pujuk aku.

No comments: