Thursday, December 19, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 9)


       Daniel melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia mengeluh memikirkan hubungannya dengan isterinya. Dia sudah buat macam-macam untuk memulihkan hubungannya tapi usahanya sia-sia kerana isterinya langsung tidak memberi peluang untuknya. Berita tentang isterinya akan berpindah, gembira bukan kepalang apabila mendengar Humaira setuju untuk tinggal bersamaya. Nasib baik kawan baik isterinya sudi menolong untuk memujuk isterinya.

       Tok ! Tok !

       ''Masuk'' Ujar Daniel. Dia menghalakan pandangannya kearah pintu untuk melihat siapa yang ingin berjumpa dengannya. Terpampang muka sepupunya Izz Rayyan.

       ''Asal muka masam je bro?'' Ujar Izz seraya duduk berhadapan Daniel.

       ''Bini aku tulah. Aku tak tau nak buat macam mana lagi untuk dia terima aku. Macam-macam aku dah buat.'' Luah Daniel sambil meraup mukanya.

       ''Oo... Yang assistant aku tu? Macam mana kau boleh kahwin dengan dia?'' 

       ''Dialah. Aku cerita ni kau jangan nak heboh pulak nanti.'' Lalu Daniel menceritakan apa yang telah dia lakukan 2 tahun lepas.

       ''Maksudnya, kau tak rogol dia?'' Soal Izz bingung.

       ''Aku minta tolong pekerja hotel perempuan yang uruskan dia. Aku langsung tak sentuh dia. Aku bukanlah lelaki yang akan ambil kesempatan lagi-lagi orang yang aku sayang. Aku terpaksa buat macam tu sebab aku dah mati kutu nak buat apa lagi supaya dia jadi milik aku.''

       ''Kau tolong aku boleh tak? Sambung Daniel.

       ''Tolong apa? Insya-Allah kalau boleh, aku tolong.''

       ''Kau bagitaulah dia yang aku ni tak seteruk yang dia sangka. Ala... Kau pujilah aku sikit. Kalau boleh buat sampai dia percaya. Boleh kau tolong?''

       ''Hmm... Demi sepupu aku, aku akan usahakan. Harap-harap dia percayalah nanti.'' Balas Izz dengan senyuman yang penuh makna.

       ''I hope so. Kau dengan kawan dia je harapan aku.''

       ''Okaylah. Aku pun kena pergi office aku balik. Apa-apahal nanti aku inform kat kau.'' Izz bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Dia memirkan hubungan Daniel dan Humaira.

       Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, di fikirannya hanya untuk merosakkan rumah tangga sepupunya. Dia langsung tidak menyapa sesiapa pun. Sesampai sahaja di bilik pejabatnya dia terus masuk dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Daniel meminta tolong untuk memulihkan hubungannya dengan Humaira. Jangan harap aku nak tolong kau Daniel. Alang-alang isteri kau bencikan kau untung aku dapat janda berhias. Aku akan dapatkan Humaira. Getus hati Izz.

  ********

       Asal Izz tak tegur aku?. Kalau tak setiap kali lalu, setiap tulah duk singgah meja aku paling tak pun tegur. Dia lupa ke petang nanti ade temujanji dengan Dato' Hisyam. Aku malas betullah nak masuk bilik dia ni. Tapi dah memang tugas aku kena ingatkan dia. Haishh. Dengan malas aku bangun dan melangkah ke arah bilik itu. Buku nota yang aku tulis dengan pelbagai tarikh dan maklumat tentang Izz aku bawa bersama. Pintu kuketuk sebelum masuk. Selepas mendapat kebenaran, tombol pintu aku pulas dan menapak masuk ke dalam bilik.

       ''Encik Izz ada temujanji dengan Dato' Hisyam waktu lunch.'' Aku lihat di helaian buku nota untuk memastikan tarikh temujanji. Aku mengalihkan pandangan kearah Izz dan dia sedang merenungku. Tak selesa aku apabila matanya terus memandangku. Aik dia ni nak goda aku ke? Maira jangan nak perasanlah.

       ''Encik Izz!'' Aku menjerit sedikit. Kelihatan dia tersentak dan memgelabah.

        ''Hmm. . . Apa yang you cakap tadi?'' Izz memandang tetap kearah aku. Isk, dia ni. Aku dah cakap mengelamun lagi. Malas betullah.

       ''Encik Izz ada temujanji dengan Dato' Hisyam waktu lunch.'' Ulang aku sekali lagi.

       Entah kenapa aku tidak betah berada di dalam bilik bersama lelaki ini. Mungkin disebabkan perasaan suka aku pada dia masih menatap di hatiku. 

       ''Humaira! Are you listening?'' Soal Izz.

       Aku hanya mengeleng kepala menjawab pertanyaan dia. Aku lihat dia mengeluh sambil meraup muka. Apa yang harus aku lakukan. Lebih baik aku pergi dari sini dari duk tercegat dekat sini menghadap muka dia.

       ''Saya keluar dulu ya.'' Aku melangkah keluar dari bilik. Baru beberapa langkah namaku dipanggil. Isk, dia ni nak apa lagi. Aku memusingkan badanku menghadap dia. Dia kelihatan gelisah hendak bercakap denganku. Cepatlah cakap Izz oi. Aku dah penat berdiri daripada tadi.

       ''Ada apa Encik Izz? Kalau takde hal penting nak cakap saya keluar dulu. Esok-esok jelah encik cakap ek ?'' Aku berura-ura hendak keluar selepas lama aku menanti butir bicara keluar dari mulutnya.

       ''I love you, Humaira.'' Aku berhenti melangkah. Mataku membulat. Aku terus melangkah keluar dari bilik. Tidak sanggup berlama-lamaan di situ. Masakan tidak, orang yang aku suka meluahkan perasaan yang telah lama aku tunggu walaupun status aku sebagai isteri. Pengangan di lengan membuatkan langkah aku berhenti. Terus aku merentap dan memusingkan badan.

       Terus sahaja aku memarahinya kerana memengang lenganku walaupun berlapik dengan bajuku. Mungkin disebabkan aku terlalu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan status isteri.

       ''I'm sorry.'' Aku berganjak ke belakang demi menjarakkan ruang antara aku dan dia.

       ''I cuma nak you tahu yang I memang sukakan you sejak kita kat sekolah lagi dan perasaan suka tu bertukar cinta selepas I dapat tahu yang you kerja dengan I.'' Dia meluahkan perasaannya dekat aku. Separuh hati aku gembira dengan apa yang didengari dan separuh lagi rasa bersalah kerana berhubungan dengan lelaki lain. Mungkin kerana ada suami.

       Kau ada suami ke Humaira? Soal satu suara.

       Mestilah ! Kan Daniel tu suami aku! Balas aku.

       Sejak bila pulak kau mengaku yang Daniel tu suami kau? Bukan ke selama ni kau tak mengaku ke dia tu suami kau? Kau tak cintakan dia. Tak sayangkan dia. Ujar suara itu seakan mengejek. Aku tersentak. 

       ''Saya minta maaf encik sebab saya tak boleh terima perasaan encik. Encik pun dah tahu yang saya sudah berkahwin dengan Daniel. Saya minta maaf.'' Terang aku dengan separuh rela.

       ''Tapi I tahu yang you tak cintakan suami you kan?'' Duga dia. Aik, macam mana dia tahu pasal rumah tangga aku. Takkan Daniel bagitahu.

       ''Apa yang encik merepek ni? Dah nama pun suami saya, tentulah saya cintakan dia.'' Bangkang aku. Hal rumah tangga aku tak boleh hebohkan kat siapa-siapa pun. Aku ingat ketika aku membuka laman sesawang dan tebaca sebuah hadis.

       Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebar luaskan rahsia mereka."

       ''Tak you tipu. Daniel sendiri cakap yang you dengan dia kahwin sebab diatur oleh keluarga. Jadi dia membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan ini secepat mungkin bila keluarga dia dan you boleh terima perpisahan nanti.'' Terang Izz panjang lebar.

       Aku tersentak mendengar butir bicaranya. Pandai pulak Daniel menipu hal ni. Tapi betul ke dia nak lepaskan aku? Asal tetiba aku rasa sedih je bila dengar dia nak lepaskan aku, padahal perkara tulah yang aku tunggu. Takkan aku sayangkan dia. Tapi kalau betullah dia nak lepaskan aku, kenapa dia caring sangat dengan aku.

       ''So, lepas dia ceraikan you, I akan jaga you sebaik mungkin.'' Sambung Izz.

       ''No! Hal rumah tangga saya biar saya dan Daniel sahaja yang tahu. Encik tolong jangan masuk campur.'' Pintaku. Aku tidak sanggup mendengar butir bicara yang bakal keluar dari mulutnya. Aku terus keluar dari bilik dan pergi ke tempatku. Aku bersandar di kerusi sambil meletakkan tangan di dahi.

       Sediakah aku untuk bersama dengan Daniel walaupun sekadar tinggal sebumbung. Apakah aku akan bergelar janda tidak lama lagi. Mengapa aku berasa sedih apabila Izz cakap Daniel nak ceraikan aku. Maira, wake up! Takkan kau cintakan Daniel. Kau kena ingat dia yang buat hidup kau merana.

       Kalau kau cintakan Daniel tak salah pun. Dia suami kau. Mungkin apa yang dia buat 2 tahun lepas bersebab.  Jangan menidakkan perasaan kau Maira kelak kau juga yang merana jika dia cari perempuan lain. Ujar satu suara.

       Argh! Aku cintakan Daniel? Tapi dia akan ceraikan aku tak lama lagi. Apa yang harus aku lakukan selepas aku tinggal sebumbung dengannya. Bagaimana aku hendak buang perasaan cinta ini jika dia melayan aku dengan baik.

       Hentakan di meja mematikan lamunanku. Aku pandang ke hadapan dan terpamer wajah Eliya. Aku hanya diam dan tidak hiraukan kewujudannya.

       ''Hoi! Aku ada kat depan mata kau, kau boleh buat derk je.'' Eliya melambaikan tangannya di mukaku. Aku hanya diam tak terkutik.

       ''Asal bad mood je aku tengok daripada tadi? Ada masalah? Kau tak nak share dengan aku tak?'' Soal Eliya.

       ''Takpelah. Kali ni biar aku sorang je pendam masalah ni. Takkan nak bergantung dengan kau je. Hari ni kau nak pindah. Aku pulak kena tinggal dengan Daniel.''

       '' Kau ni buat aku risaulah. Kau tak sabar ke berdebar nak tinggal dengan Daniel?''  Sempat lagi Eliya tersenyum nakal. Aku hanya mengelengkan kepala. Malas melayan perangai gila si Eliya ni. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

        ''Dah-dah kau pergi balik tempat kau. Entah kerja dah siap belum. Menyemak tempat aku je kau ni.''

        ''Kau halau aku? Takpe kau. Tak nak kawan. Dahlah hari ni last day aku.'' Ujar Eliya dengan mimik sedih yang sengaja dibuat.

      ''Tak payah nak emo sangatlah.''

      ''Lunch nanti nak pergi sama-sama tak?''

      ''Tak bolehlah. Aku kena follow Encik Izz pergi date dengan Dato' Hisyam.''

      ''Hmm.. Takpelah.'' Ujar Eliya dan terus berlalu dari tempatku.

********

       ''Humaira, jom kita gerak sekarang.'' Tangan yang sedang membelek timbunan kertas terhenti dan aku menghalakan pandangan ke hadapan. Terpinga-pinga aku mendengar ajakan daripada Izz. Nak pergi mana pulak. Kerja aku pun tak siap lagi.

      ''Nak pergi mana?''

      ''Kan I ada temujanji dengan Dato' Hisyam. Lupa ke?''

      ''Ohh... Encik Izz turun dulu saya turun kemudian.'' Aku ambil beberapa fail yang perlu dibawa ketika perjumpaan nanti.

       Sepanjang perbincangan, aku langsung tidak memberi perhatian kerana aku masih keliru dengan prasaanku terhadap Daniel. Jika betul aku cintakan Daniel, aku harus jauhkan diri daripadanya sebelum dia ceraikan aku. Selesai sahaja perbincangan, aku terus balik ke tempat kerja. Mujur aku menolak ajakan Izz untuk menaiki kereta bersamanya. Aku terus memandu ke tempat kerja. Aku langsung tak makan tengahari.

 ********

       ''Wei, asal cepat sangat kau nak pindah?'' Aku bertanya seraya duduk sebelah Eliya. Ketika ini, kami berada di ruang tamu.

       ''Nak buat macam mana. Mak aku dah bising suruh aku kerja dengan ayah aku. Memang aku kena kerja kat sanalah.'' Terang Eliya. Aku hanya termenung. Mana aku tak sedih bila Eliya nak pindah. Dialah orang yang paling rapat denganku sejak kecil lagi. Lagi-lagi sejak ibu bapaku buang aku. Dialah segala-galanya bagi aku. Dengan siapa lagi aku hendak bergantung. Bila memikirkan perkara itu membuatkan aku sebak. Aku cuba untuk tahan air mata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir.

        ''Janganlah sedih. Macam kau tak boleh jumpa aku langsung. Nanti sekali-sekala kau datanglah rumah aku. Tak payah nak malu-malu. Rumah aku, rumah kau jugak.'' Sambung Eliya bila aku tidak memberi perhatian kepada percakapannya. Tahu-tahu saja empangan air mata yang aku tahan mengalir. Eliya kelihatan terkejut. Dia terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku menangis teresak-esak di bahunya.

        ''Hei, hei. Kenapa nangis ni? Bukannya aku pergi jauh pun. Dekat je. Kau janganlah macam ni. Buat aku tak nak pindah je.'' Pujuk Eliya sambil tangannya mengusap belakangku. Aku terus melepaskan pelukan dan mengelap sisa air mata dengan belakang tapak tangan. Setelah tangisanku reda, aku tarik nafas.
 
        ''Aku cuma fikir nanti lepas kau pindah dekat siapa lagi aku nak kongsi segala suka dan duka aku. Selama 2 tahun ni, kau je tempat untuk aku luahkan segalanya selepas ibu ayah aku buang aku.'' Ujar aku.

        ''Daniel tu bukan orang ke? Kau kena ingat dia suami kau jadi apa gunanya suami kalau menjadi tempat luahan isteri. Aku harap lepas ni, hubungan kau dan Daniel akan pulih. Amin.'' Eliya berkata sambil menadah tangannya dan mengaminkan.

        Kalaulah kau tahu yang Daniel akan lepaskan aku, agaknya kau pindah atau terus tinggal dengan aku. Ayat itu hanya aku katakan di dalam hati. Aku harus rahsiakan daripada Eliya. Cukuplah dia menjadi pendengar segala masalah antara aku dan Daniel. Aku tidak mahu dia tertekan disebabkan aku dan Daniel. Kali ini biarlah aku dan Daniel sahaja yang uruskan sendiri.

        ''Aku nak minta maaf kat kau kalau aku ada buat kau sakitkan hati kau atau buat kau tertekan. Aku minta maaf sangat-sangat.'' Ujarku.

       ''Hari ni hari raya ke? Aku rasa lambat lagi.'' Eliya jeling aku sekilas sebelum membuat gaya orang berfikir. Aku terus mencubit pehanya. Dia menjerit kesakitan. Aku membuat muka selamba. Tulah mainkan aku lagi.

        ''Kau ni ketam eh? Kalau bab cubit memang handal. Boleh lebam peha aku. Kurang duit hantaran nanti.'' Omel Eliya sambil mengusap bahagian yang aku cubit.

        ''Kaulah. Aku serius kau main-main pulak. Takde kurangnya duit hantaran kau nanti. Ezmir tu sayangkan kau sangat.'' Eliya akan melangsungkan perkahwinannya 2 bulan lagi. Tak sabar aku nak jadi pengapit Eliya.

        ''Kau nak minta maaf kat aku macamlah nanti tak jumpa terus. Aku kahwin nanti jumpa jugak. Tak payah nak minta maaf kat aku. Kau takde salah apa-apapun kat aku.'' Ujar Eliya. Aku bersyukur ada kawan macam kau, Eliya.

        Tok! Tok!

       Aku dapat teka siapa yang mengetuk pintu. Eliya bangun dan menuju ke arah pintu. Apabila pintu terbuka, terpampang wajah Daniel. Kulihat Eliya terus masuk ke dalam biliknya mungkin hendak memberi ruang kepada aku. Daniel melangkah dan duduk bersebelahan denganku.

       ''Dah siap semuanya? Kalau dah, jom gerak sekarang.''

       Daniel merenung aku tanpa mengalih sedikit pun pandangannya. Naik rimas aku dibuatnya. Cakap tu tidak perlulah sampai tenung orang macam nak terkam. Gerun pula aku memikirnya.

       ''Semua dah siap. Tunggu aku nak ambil semua barang dari bilik pastu jumpa Eliya kejap.'' Aku bingkas bangun dan menuju ke dalam bilikku. Aku mengambil beg dan meletakkan berdekatan pintu. Aku terus menuju ke bilik Eliya.

       Aku melangkah keluar dari bilik itu. Mataku tak usah dicakap. Sembab. Daniel kulihat sudah ketawa. Aku tidak kisah apa dia nak cakap. Aku terus memakai tudung yang terletak di atas sofa. Daniel mengambil beg dan keluar dari rumah.

        ''Take care. Aku harap lepas ni kau jangan nak keras kepala dengan Daniel. Belajar untuk cintakan dia. Syurga kau di bawah telapak kaki Daniel walau apapun. Lainlah korang bercerai. Tapi aku harap perkara tu takkan terjadi.'' Panjang lebar Eliya bagi ceramah. Tadi dalam bilik pun dia dah bagi ceramah. Haih, nak buat macam mana dapat kawan macam ni. Nasib baik dia tak jadi peguam kalau tak mau bernanah telinga aku dibuatnya.

        Memang aku cintakan Daniel, Eliya cuma aku tak dapat nak luahkan perasaan sebab dia akan ceraikan aku. Aku akan jauhkan diri daripada dia walaupun tinggal sebumbung. Kata-kata itu aku cuma luahkan dalam hati.
 
       Kami berpelukan seketika sebelum aku keluar dari rumah ini. Bersediakah aku untuk tinggal bersama Daniel?


*Amacam okey tak?