Tuesday, October 29, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 7)


       Pening kepala aku fikirkan pasal benda ni. Tadi Eliya balik aku terus 'sembur' dia. Padan muka dia siapa suruh gatal sangat bagitahu semua pasal aku dekat lelaki tu. Tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Sebelum kahwin dulu, aku dah pernah cakap pasal syarat-syarat lepas aku kahwin dengan dia. Saja cari masalah kat aku Eliya ni. Dahlah Eliya nak pindah hujung minggu ni. Aku tak cari lagi kawan kat ofis aku yang boleh aku tumpang tinggal. Esok kerja lebih baik aku tidur. Boleh mengahadap muka Izz Rayyan tu. Hilang stress.


********


       ''Good morning Humaira.'' Terus aku pandang ke hadapan. Wajah yang aku nanti-nantikan telah berada dihadapan aku. Siapa lagi kalau bukan Izz Rayyan.

       ''Good morning Encik Izz.'' Balas aku dengan senyuman yang paling manis. Bila difikirkan balik, aku ni macam nak goda dia je. Padahal dah ada lelaki nak kat aku tapi nak jugak kat orang lain.

       ''You dah breakfast? Kalau belum, jom teman I.'' Ajak dia. Jangan ditanya kompem aku nak punya tapi kenalah cover sikit nanti cakap aku gelojoh pulak.

       ''Saya belum breakfast lagi. Alang-alang Encik dah ajak bolehlah saya ikut sekali sebab kawan saya kali ni takde pergi teman tunang dia.'' Ujar aku.

       ''Baguslah kalau macam tu. Memandangkan this is first time we breakfast, I'll treat you.'' Jimat duit aku kalau tiap-tiap hari macam ni.

       ''Betul ke ni?'' Soalku acuh tak acuh.

       ''Tak payah banyak cakap. Jom kita pergi kedai mamak dekat bawah.'' Ujarnya. Terkejut aku sebab fikir dia nak makan dekat kedai mewah.

       ''Apa lagi termenung tu. Cepatlah.'' Gesa dia. Cepat-cepat aku ambil beg tanganku dan mengikut dia dari belakang. Sepanjang berjalan kaki ke kedai mamak, aku memikirkan macam mana dia boleh makan dekat kedai mamak sebab kat luar negara mana ada kedai mamak. Dia biasa ke nanti dan tiba-tiba lenganku ditarik menyebabkan aku di dalam pelukan seseorang. Bila aku mendongak, orang itu ialah Izz.

       ''You ni dah gila ke ?!'' Jerit dia. Aku hanya diam kerana terkejut lagi dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Tiba-tiba aku nampak kelibat Daniel bersama seorang perempuan. Aku cepat-cepat menolak Izz daripada memeluk aku. Aku tak tau kenapa aku mengelabah takut Daniel salah sangka. Aku tengok muka dia bersahaja. Aku terus pergi kedai mamak tanpa menghiraukan Izz yang terpinga-pinga. Takkan aku jealous dengan Daniel kot.

       ''You okay tak ni ?'' Soal Izz risau setelah kami tiba di kedai mamak.

       ''I okay je cuma terkejut tadi. Sorry kalau buat you risau.'' Ujar aku. Pelayan tiba untuk meminta pesanan kami. Aku cuma order nasi lemak dan milo panas. Fikiranku melayang memikirkan siapa perempuan yang bersama Daniel tadi. Kenapa tiba-tiba aku rasa sakit pulak. Takkan aku sayangkan dia. Tersentak aku apabila ada orang menyapa.

       ''Hai Izz. Kebetulan terserempak. May I join?'' Suara itu. Tidak asing bagi aku. Tidak perlu berpaling kerana aku sudah siapa yang bercakap. Izz memandangku dan mengajak gerangan itu untuk menyertai kami. Daniel mengambil tempat di sebelah aku manakala perempuan yang bersamanya di sebelah Izz. Aku gelisah kerana takut Izz pelik kenapa Daniel mengambil tempat disebelah aku padahal dia boleh mengambil tempat disebelah Izz. Tapi Izz hanya mendiamkan diri. Mungkin dia tidak kisah lalu Daniel dan perempuan memesan makanan. Aku menahan diri daripada menanyakan siapa perempuan yang bersama Daniel.

       ''Tak nak kenalkan siapa perempuan ni Dan?'' Soal Izz. Berdebar-debar aku menunggu jawapan daripada Daniel.

       ''Ohh... Lupa nak kenalkan. This is my assistant Liana'' Fuhh. Asal aku lega pulak ni. Tiba-tiba tanganku digengam di bawah meja oleh Daniel. Aku tarik tanganku tapi semakin erat digengam. Terus aku memijak kakinya terlepaslah ngengaman itu. Tersenyum puas aku.

       ''Kenapa you senyum sorang-sorang? Ada benda kelakar ke ?'' Soal Izz. Semua mata yang berada di meja ini memandang aku. Aku gelengkan kepala.

       ''Izz kau tak nak kenalkan ke siapa girl yang kau peluk tepi jalan tadi?'' Tanya Daniel sambil menjeling kearah aku. Agak sinis bagiku. Gelabah aku dibuatnya. Kena ke nak sebut peluk tepi jalan.

       ''Itu assistant aku Humaira. Aku bukan sengaja nak peluk dialah. Tadi dia mengelamun sampai melintas tak tengok kiri kanan dulu.'' Ujar Izz panjang lebar.

       ''Nak berkenalan boleh Humaira?'' Soal Daniel. Ish dia ni.

       ''Sorry aku tak layan mamat macam kau. Bukan taste aku.'' Ujar aku. Aku dapat melihat air mukanya berubah. Biarlah sibuk sangat nak bercakap dengan aku lagipun tangan dia tak duduk diam. Rimas aku. Izz sibuk bercakap dengan Liana seperti sudah lama kenal. Pelayan sampai dengan membawa makanan yang kami pesan. Aku makan dengan berselera sekali. Selesai sahaja kami semua makan, Izz pergi ke kaunter untuk membayar. Liana sudah lama pergi ke mana entah. Aku mengucapkan terima kasih kepada Izz.

       ''Izz aku nak pinjam assistant kau kejap boleh? Nanti aku pulangkan balik.'' Ujar Daniel. Terkesima aku. Aku memandang simpati kepada Izz supaya dia tidak membenarkan Daniel 'meminjam' aku.

       ''Boleh tapi jangan lama sangat sebab nanti aku perlukan dia.'' Ujar Izz. Nak nangis rasa. Pergelangan tanganku dicapai oleh Daniel dan ditarik ke keretanya. Nak tak nak terpaksa aku memasuki keretanya kerana melihat dia memandang tajam ke arahku.

       ''Nak pergi mana ni? Sekarang kan waktu kerja. Aku ada banyak kerja nak buat.'' Bohongku. Aku terpaksa berbohong demi menjauhkan diri daripada dia.

       ''Jangan nak tipu aku. Kerja kau sabagai assistant tak banyak mana pun sebab kau just aturkan perihal Izz tu je.'' Ujarnya. Aku pelik kerana dia menggunakan aku-kau bukan lagi I-you.

       ''Asal guna aku-kau? Bukan kau ke yang tak bagi guna?'' Soalku.

       ''Aku dah malas nak ambil tahu pasal kau. Apa yang aku cakap kau tak ambil peduli pun. Aku penat layan kerenah kau.'' Ujarnya lemah. Terdiam aku. Entah kenapa aku rasa bersalah kerana langsung tidak kisah apa yang disuruhnya. Takkan sebab dia suami aku, aku terus ikut cakap dia. Perkahwinan ni tak patut diadakan. Mengusutkan fikiran aku je.

       ''Kau sekarang nak bawak aku pergi mana?'' Soalku. Aku pandang ke arahnya dan dapat meihat raut wajahnya hampa. Asal dia nak kecewa pulak ni. Pening aku kalau macam ni.
   
       ''Aku tak nak bawak kau pergi mana-mana pun. Just nak cakap dengan kau dalam kereta je.''Ujarnya lemah. Aku pelik dengan tingkah lakunya. Macam dah putus asa je. Pasal apa agaknya. Perasaan ingin tahu menguasai aku. Takkan nak tanya dia pulak. Nanti perasan aku tak care dengan dia.

       ''And one more thing, kau tak payah nak tinggal dengan aku or aku tinggal dengan kau. Aku baru teringat pasal syarat yang kau letak sebelum kita kahwin. Sekarang kau tak payah risau pasal hal ni.'' Terkesima aku. Tak habis dengan satu masalah datang lagi satu masalah. Dia ni serious ke. Kalau betullah dia tak kisah dengan aku, kenapa tak lepaskan aku je.

       ''Betul ni? Baguslah kalau macam tu. Tenang hidup aku. Memandangkan kau dah tak nak ambil tahu pasal aku, asal kau tak lepaskan aku je. Senang. Aku dan kau boleh hidup aman.'' Shritt... Habis sahaja aku berkata, dia membrek kereta secara tiba-tiba. Nasib baik tiada kereta berada di belakang. Baru sahaja aku mahu menghamburkan kegeraman aku, tajam matanya memandangku. Kecut aku. Dia membawa kereta berhenti di tepi jalan. Aku sudah takut kerana mungkin dia akan apa-apakan aku.

       ''Yang kau berhenti tepi jalan ni kenapa?'' Soalku pelik.

       ''Saja. Nak tenung muka kau puas-puas.'' 

        ''Jangan nak merepek. Bawak aku pergi office sekarang.''

        ''Ye la. Kau ni tak nyempatlah nak pergi office tu. Macam nak jumpa pakwe je gaya. Ke kau ada sebenarnya?'' Syak dia. 

        ''Aku takde pakwelah. Yang kau tiba-tiba tuduh aku asal ?'' Geram aku. Suka-suki dia je nak tuduh aku. Dia terus bawa keretanya ke tempat kerja aku. Sampai sahaja di hadapan bangunan kerjaku, aku terus masuk ke dalam dan menuju ke lift untuk naik ke tingkat atas. Aku menuju ke mejaku yang terletak berhampiran di bilik Izz.

 ********

       ''Bestlah kan orang tu ada orang take care dengan dia. Aku jugak takde siapa-siapa pun nak take care.'' Eliya bersuara sedih. Tahu sangat nak perli aku.

       ''Laa... Yeke? Kesian Ezmir tak dihargai langsung keprihatinan dia. Kalaulah dia tahu, habislah orang tu. Huru-hara nanti.'' Balasku. Aku nampak raut wajah Eliya berubah masam. Hah siapa suruh perli-perli aku. Kan dah kena.

       ''Apa kau ni? Aku hargailah keprihatinan dia tu tapi tak macam orang tu. Wei, kau rasa ada yang tak kena kat Izz tak?''

       ''Apa yang tak kenanya? Okay je aku tengok.''

       ''Takdelah aku tengok Izz tu macam ada hati kat kau. Cara dia pandang kau tu lain.''

       ''Ishh takkanlah. Kau je kot fikir lain. Aku rasa okay je.'' Ujarku. Eliya pun perasan aku fikir aku sorang je rasa. Kalau betullah apa yang Eliya cakapkan ni apa yang aku kena buat. Izz tak tahu yang aku sudah berkahwin.

       ''Apa yang kau fikirkan tu?'' Soal Eliya. Tersentak aku. Aku hanya mengelengkan kepala dan terus masuk ke dalam bilik. Aku tidak boleh melelapkan mata kerana banyak masalah yang timbul dalam hidupku. Masalah tentang Izz dan Daniel. Dulu kalau aku ada masalah pasti ibu orang pertama yang akan membantu aku menyelesaikan masalah. Wajah ibu dan ayah terbayang di fikiranku. Aku amat merindui mereka. Aku anak tunggal dan selama ini aku bermanja dengan keluarga aku. Apabila aku terpisah dengan keluargaku, hanya Eliya tempat aku meluahkan segala yang terbuku di dalam hati aku. Bagaimana aku harus lakukan supaya ibu dan ayah percaya akan kata-kataku yang dulu. Akhirnya aku terlelap dengan perasaaan rindu mengunung terhadap ibu dan ayah.
 


*Akhirnya siap jugak part 7. Kalau ada yang kurang tegurlah ye ..

Wednesday, October 2, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 4)


       ''Aku terima nikahnya Balqis Humaira Binti Azman dengan mas kahwin RM100 tunai.'' Dengan sekali lafaz, kini aku milik Daniel Asyraff yang sah. Air mata mengalir kerana mengenangkan nasibku yang bakal datang. Mungkin orang berfikir aku menangis gembira tetapi tidak. Tersentak aku apabila tangan ku dicuit. Aku memandang ke arah Eliya. Hanya Eliya sahaja yang aku kenal dan percaya aku tentang kes tangkap khalwat. Ahli keluarga aku seorang pun tidak hadir.

       Bila terkenangkan kembali peristiwa beberapa hari yang lepas, membuatkan aku sebak. Sekali lagi tangan aku dicuit. Aku memandangnya dengan muka yang tertanya-tanya. Dia  menjuihkan mulutnya ke hadapan. Apabila aku pandang ke hadapan, muka yang paling aku benci sedang menghadap aku. Baru aku perasan dia sedang menunggu untuk menyarungkan cincin di jari aku. Dalam keadaan yang terpaksa, aku mensuakan juga tanganku untuk disarungkan cincin. Aku dapat mengesan riak kegembiraan di mukanya. Mungkin juga dia gembira kerana dia telah dapatkan aku dan dapat 'harta' aku.

       ''Salamlah tangan laki kau tu. Semua orang dah tengok.'' Ujar Eliya berbisik. Mana taknya kalau semua orang yang ada kat majlis ini pandang aku semacam bila aku kaku tidak salam suami. Terpaksa juga Daniel menarik tangan aku dan menyuruh aku menyalaminya. Ketika dia mencium dahiku, sempat dia berbisik.''I love you''


********


       Bosannya. Habis sahaja majlis nikah tadi, aku terus mengajak Eliya untuk pulang ke rumah. Malas mahu menghadap muka lelaki itu lama-lama. Teringat kembali syarat-syarat yang aku letakkan sebelum pernikahan ini berlaku. Syarat pertama, tinggal berasingan. Kedua, perkahwinan ini harus orang tertentu sahaja yang boleh tahu.

       ''Maira aku tak percaya betullah dia sanggup buat kau macam tu sekali.'' Ujar Eliya ketika kami berehat di ruang tamu. Aku sudah ceritakan semua apa yang terjadi kepada Eliya sebalik saja aku daripada pejabat JAIS. Dia hampir-hampir membuat laporan polis apabila mendapati aku hilang. Balik saja, aku terus diaju beberapa soalan daripadanya. Terkejut mendengar apa yang telah aku lalui.

       ''Dah nak buat macam mana. Sekarang aku takde keluarga disebabkan dia.'' Sebak aku berkata. Eliya terus mendakap aku. Mungkin juga dia mengerti perasaan aku.

       ''Jangan cakap macam tu. Kau boleh anggap keluarga aku macam keluarga kau. Lagipun  kita rapat daripada kecik lagi.''

       ''Terima kasih sebab tolong dan bagi semangat kat aku. Kau kawan aku dunia akhirat''

        Sedang kami melayan perasaan masing-masing, kedengaran pintu diketuk. Eliya melepaskan pelukan dan pergi melihat siapa yang datang ke rumah. Tersengih-sengih dia apabila memusingkan badannya. Pelik aku dibuatnya.

       ''Your hubby datang. Baru berapa jam, dah rindu. So sweet.'' Ujar Elia dengan muka terujanya.

       ''Dia ni nak apa lagi. Sibuk sangat nak jumpa aku. Rimas betullah dia ni.'' Rungut aku. Aku terus pergi ke pintu. Tersengih Daniel apabila melihat aku menghampirinya.

       ''Nak apa datang sini?'' Soal aku dingin tanpa melihat wajahnya.

       ''I nak jumpa wife I salah ke ?'' Jawabnya. Isteri konon. Menyampah aku dengar jawapannya. Isteri apanya kalau paksa aku kahwin. Aku tak faham kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku. Macam tiada perempuan lain yang boleh dibuat isteri. Dulu awek keliling pinggang. Sekarang tergila-gilakan aku.

       ''Siapa cakap salah? Aku cuma tak suka kau datang sini. Menyemak je. Kau dah dapat apa yang kau nak, malah lebih daripada itu kan? So, apa yang kau tunggu lagi? Blah ah!''

       ''How dare you talking to me like that?! I am your husband and you must respect me! I come here just want to see you and you chase me?!'' Tengking Daniel. Mukanya merah menyala menahan marah. Ingat aku takut sangat ke.

       ''Tau pun nak marah? Yang kau langsung tak hormat aku sebagai perempuan boleh pulak?! Who told you to come and see me?'' Marah aku. Apa kau ingat kau sorang je boleh speaking? Aku pun boleh la. Segala yang terpendam dalam hati aku, aku luahkan. Aku sudah tidak kisah dimana kami berada. Tanpa mempedulikan panggilannya, aku terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

********            

       ''Maira , bangun kau dah lambat nak pergi kuliah!'' Jerit Eliya. Perlahan-lahan aku membuka mata. Lambat nak pergi kuliah mana pulak ni. Aku mengambil telefon bimbit di bawah bantal tidurku dan melihat waktu sekarang. 7:45 pagi ?! Aku dah lambat nak pergi kuliah. Macam mana ni. Kelam kabut aku masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik semalam sebelum tidur aku sudah menggosok tudung bawal. Aku hanya mengenakan T-shirt putih  dan jeans serta tudung bawal berwarna biru. Tidak sempat aku hendak makan makanan yang Eliya masakkan.

        Sedang aku berjalan kaki hendak ke Universiti, ada sebuah kereta berhenti di tepi aku. Bila aku menoleh, itu kereta suami aku. Malas mahu berhadapan dengannya, aku terus berjalan kaki. Tersentak aku apabila lenganku ditarik dan terus dibawa masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga aku.

       ''Lainkali, bila dah lambat call I. Biar I yang hantar you. Nasib baik kawan you call I bagitau you lambat bangun. You mimpikan I ke sampai lambat bangun?'' Tanya dia sambil tersengih nakal. Kenapa hari ni dia banyak cakap. Tak marah lagi ke pasal semalam. Nak call dia macam mana kalau nombor telefon pun tiada. Bila masa pula Eliya ada nombor dia. Aku mimpikan dia. Memang taklah jawabnya.

       ''Kenapa diam je ni?'' Eee... Rimasnya aku. Bila aku diam, dia sibuk tanya. Bila aku cakap, gaduh pula nanti.

       ''Suka hati akulah nak diam ke nak bercakap ke. Cepatlah bawa kereta ni. Dahlah aku lambat.'' Ujar aku. Sesampai sahaja di parking kereta, aku keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih.

********          

       ''Wei, bila kau dapat nombor Daniel tu?'' Tanya aku. Ketika ini, aku dan Eliya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Habis sahaja kuliah, aku terus balik ke rumah takut suami aku tunggu.

       ''Dia yang bagi nombor dia kat aku semalam lepas kau masuk bilik.'' Takut-takut Eliya bercakap. Mungkin dia rasa bersalah kerana memberitahu Daniel yang aku lambat bangun pagi tadi.

       ''Hmmm... Takpe lah. Lainkali, kau tak payah nak buat report kat dia. Bukannya penting pun''

       ''Dia suami kaulah. Dia berhak tahu.'' Bela Eliya.

       ''Ada aku kisah. Apa yang aku tahu, dia tak perlu ambil tahu pasal aku. Kau tak payah pandai-pandai nak report kat dia. Aku tak suka.'' Tegas aku. Tiada mood aku hendak menonton cerita di televisyen. Aku bangun dan masuk ke bilik. Sempat aku dengar keluhan Eliya. Dia tak rasa apa yang aku rasa.


*Best tak kali ni? Ramai sangat suruh cepat buat sambungan. Harap part ni takkan menghampakan korang semua.