Wednesday, October 2, 2013

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 4)


       ''Aku terima nikahnya Balqis Humaira Binti Azman dengan mas kahwin RM100 tunai.'' Dengan sekali lafaz, kini aku milik Daniel Asyraff yang sah. Air mata mengalir kerana mengenangkan nasibku yang bakal datang. Mungkin orang berfikir aku menangis gembira tetapi tidak. Tersentak aku apabila tangan ku dicuit. Aku memandang ke arah Eliya. Hanya Eliya sahaja yang aku kenal dan percaya aku tentang kes tangkap khalwat. Ahli keluarga aku seorang pun tidak hadir.

       Bila terkenangkan kembali peristiwa beberapa hari yang lepas, membuatkan aku sebak. Sekali lagi tangan aku dicuit. Aku memandangnya dengan muka yang tertanya-tanya. Dia  menjuihkan mulutnya ke hadapan. Apabila aku pandang ke hadapan, muka yang paling aku benci sedang menghadap aku. Baru aku perasan dia sedang menunggu untuk menyarungkan cincin di jari aku. Dalam keadaan yang terpaksa, aku mensuakan juga tanganku untuk disarungkan cincin. Aku dapat mengesan riak kegembiraan di mukanya. Mungkin juga dia gembira kerana dia telah dapatkan aku dan dapat 'harta' aku.

       ''Salamlah tangan laki kau tu. Semua orang dah tengok.'' Ujar Eliya berbisik. Mana taknya kalau semua orang yang ada kat majlis ini pandang aku semacam bila aku kaku tidak salam suami. Terpaksa juga Daniel menarik tangan aku dan menyuruh aku menyalaminya. Ketika dia mencium dahiku, sempat dia berbisik.''I love you''


********


       Bosannya. Habis sahaja majlis nikah tadi, aku terus mengajak Eliya untuk pulang ke rumah. Malas mahu menghadap muka lelaki itu lama-lama. Teringat kembali syarat-syarat yang aku letakkan sebelum pernikahan ini berlaku. Syarat pertama, tinggal berasingan. Kedua, perkahwinan ini harus orang tertentu sahaja yang boleh tahu.

       ''Maira aku tak percaya betullah dia sanggup buat kau macam tu sekali.'' Ujar Eliya ketika kami berehat di ruang tamu. Aku sudah ceritakan semua apa yang terjadi kepada Eliya sebalik saja aku daripada pejabat JAIS. Dia hampir-hampir membuat laporan polis apabila mendapati aku hilang. Balik saja, aku terus diaju beberapa soalan daripadanya. Terkejut mendengar apa yang telah aku lalui.

       ''Dah nak buat macam mana. Sekarang aku takde keluarga disebabkan dia.'' Sebak aku berkata. Eliya terus mendakap aku. Mungkin juga dia mengerti perasaan aku.

       ''Jangan cakap macam tu. Kau boleh anggap keluarga aku macam keluarga kau. Lagipun  kita rapat daripada kecik lagi.''

       ''Terima kasih sebab tolong dan bagi semangat kat aku. Kau kawan aku dunia akhirat''

        Sedang kami melayan perasaan masing-masing, kedengaran pintu diketuk. Eliya melepaskan pelukan dan pergi melihat siapa yang datang ke rumah. Tersengih-sengih dia apabila memusingkan badannya. Pelik aku dibuatnya.

       ''Your hubby datang. Baru berapa jam, dah rindu. So sweet.'' Ujar Elia dengan muka terujanya.

       ''Dia ni nak apa lagi. Sibuk sangat nak jumpa aku. Rimas betullah dia ni.'' Rungut aku. Aku terus pergi ke pintu. Tersengih Daniel apabila melihat aku menghampirinya.

       ''Nak apa datang sini?'' Soal aku dingin tanpa melihat wajahnya.

       ''I nak jumpa wife I salah ke ?'' Jawabnya. Isteri konon. Menyampah aku dengar jawapannya. Isteri apanya kalau paksa aku kahwin. Aku tak faham kenapa dia nak sangat kahwin dengan aku. Macam tiada perempuan lain yang boleh dibuat isteri. Dulu awek keliling pinggang. Sekarang tergila-gilakan aku.

       ''Siapa cakap salah? Aku cuma tak suka kau datang sini. Menyemak je. Kau dah dapat apa yang kau nak, malah lebih daripada itu kan? So, apa yang kau tunggu lagi? Blah ah!''

       ''How dare you talking to me like that?! I am your husband and you must respect me! I come here just want to see you and you chase me?!'' Tengking Daniel. Mukanya merah menyala menahan marah. Ingat aku takut sangat ke.

       ''Tau pun nak marah? Yang kau langsung tak hormat aku sebagai perempuan boleh pulak?! Who told you to come and see me?'' Marah aku. Apa kau ingat kau sorang je boleh speaking? Aku pun boleh la. Segala yang terpendam dalam hati aku, aku luahkan. Aku sudah tidak kisah dimana kami berada. Tanpa mempedulikan panggilannya, aku terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

********            

       ''Maira , bangun kau dah lambat nak pergi kuliah!'' Jerit Eliya. Perlahan-lahan aku membuka mata. Lambat nak pergi kuliah mana pulak ni. Aku mengambil telefon bimbit di bawah bantal tidurku dan melihat waktu sekarang. 7:45 pagi ?! Aku dah lambat nak pergi kuliah. Macam mana ni. Kelam kabut aku masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik semalam sebelum tidur aku sudah menggosok tudung bawal. Aku hanya mengenakan T-shirt putih  dan jeans serta tudung bawal berwarna biru. Tidak sempat aku hendak makan makanan yang Eliya masakkan.

        Sedang aku berjalan kaki hendak ke Universiti, ada sebuah kereta berhenti di tepi aku. Bila aku menoleh, itu kereta suami aku. Malas mahu berhadapan dengannya, aku terus berjalan kaki. Tersentak aku apabila lenganku ditarik dan terus dibawa masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga aku.

       ''Lainkali, bila dah lambat call I. Biar I yang hantar you. Nasib baik kawan you call I bagitau you lambat bangun. You mimpikan I ke sampai lambat bangun?'' Tanya dia sambil tersengih nakal. Kenapa hari ni dia banyak cakap. Tak marah lagi ke pasal semalam. Nak call dia macam mana kalau nombor telefon pun tiada. Bila masa pula Eliya ada nombor dia. Aku mimpikan dia. Memang taklah jawabnya.

       ''Kenapa diam je ni?'' Eee... Rimasnya aku. Bila aku diam, dia sibuk tanya. Bila aku cakap, gaduh pula nanti.

       ''Suka hati akulah nak diam ke nak bercakap ke. Cepatlah bawa kereta ni. Dahlah aku lambat.'' Ujar aku. Sesampai sahaja di parking kereta, aku keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih.

********          

       ''Wei, bila kau dapat nombor Daniel tu?'' Tanya aku. Ketika ini, aku dan Eliya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Habis sahaja kuliah, aku terus balik ke rumah takut suami aku tunggu.

       ''Dia yang bagi nombor dia kat aku semalam lepas kau masuk bilik.'' Takut-takut Eliya bercakap. Mungkin dia rasa bersalah kerana memberitahu Daniel yang aku lambat bangun pagi tadi.

       ''Hmmm... Takpe lah. Lainkali, kau tak payah nak buat report kat dia. Bukannya penting pun''

       ''Dia suami kaulah. Dia berhak tahu.'' Bela Eliya.

       ''Ada aku kisah. Apa yang aku tahu, dia tak perlu ambil tahu pasal aku. Kau tak payah pandai-pandai nak report kat dia. Aku tak suka.'' Tegas aku. Tiada mood aku hendak menonton cerita di televisyen. Aku bangun dan masuk ke bilik. Sempat aku dengar keluhan Eliya. Dia tak rasa apa yang aku rasa.


*Best tak kali ni? Ramai sangat suruh cepat buat sambungan. Harap part ni takkan menghampakan korang semua. 

2 comments:

Unknown said...

Harap sambungannya siap secepat mngkin..

Darlina said...

Part 5 akan siap tidak lama lagi . So, tunggu la ye ;)