Namaku Ariana dan aku mempunyai seorang
kawan bernama Betty. Dia bukan sahaja kawan kepadaku malah dia menjadi tempat
aku meluahkan perasaan dan mengadu masalah yang ditimpa. Kami berkawan sejak di
tadika lagi. Boleh dikatakan dimana adanya aku, disitulah adanya dia. Semua
orang sudah sedia maklum dengan keakraban kami. Kami bersama sehingga di zaman
universiti. Aku tidak menyangka yang hati kami boleh terpaut dengan lelaki yang
sama. Aku selalunya susah mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki.
Kisahnya bermula ketika kami mula
bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai tea lady walaupun cita-citaku ingin menjadi
seorang novelis manakala Betty bekerja sebagai setiausaha kepada En.
Iskandar. Dan dialah orang yang kami suka. Kami bekerja pada tempat yang sama.
Tanpa sedar aku mempunyai perasaan ini terhadap En. Iskandar. Pada mulanya, aku
menidakkan perasaan ini tetapi semakin lama, semakin kuat perasaan ini
bertandang di hatiku. Akhirnya, aku jatuh cinta buat kali kedua. Kejap. Kali
kedua? Mesti korang nak tau siapa lelaki pertama.
Flashback....
‘’Awak, saya suka awak.’’ Ujar seorang lelaki
yang tidak kukenali.
Aku pandang wajahnya. Pabila mata kami
bertaut, hatiku bergetar hebat. Tidak pernah aku rasa seperti ini. Aku
perhatikan wajahnya yang licin dari sebarang jerawat. Kulitnya yang kuning
langsat. Bibirnya yang berwarna merah menandakan mungkin dia tidak merokok.
Akhir sekali, pandanganku jatuh pada matanya yang menggoda. Matanya yang
berwarna hazel bagai menarik aku untuk melihatnya lebih lama tetapi ...
‘’Ehem!’’
Deheman itu membuatku terkedu. Lantas
aku kalihkan pandangan ke tempat lain. Malu apabila renunganku disedari oleh
lelaki itu dan asyik merenung anak teruna orang. Kalau tahu dek ibu, habis aku.
‘’Apa awak cakap?’’ soal aku. Padahal,
sudah terang-terangan aku mendengar setiap butir bicaranya.
‘’Saya suka awak.’’ Ujar lelaki itu
sekali lagi.
‘’Maaf. Saya dah berpunya.’’
‘’Saya tahu awak tipu. Saya dah siasat
semua tentang awak.’’
‘’Awak siapa? Kenapa siasat tentang
saya?’’
‘’Mungkin awak anggap saya ni gila, tapi
memang pun. Gilakan awak.’’
‘’Gila!’’ Aku terus berjalan meninggalkan
lelaki itu. Sepanjang perjalanan pulang ke hostel, berbagai soalan yang timbul
di dalam fikiranku. Bagaimana dia boleh mempunyai perasaan terhadapku sedangkan
aku langsung tidak mengenalinya.
Sampai sahaja di hostel, aku terus
mencari kelibat rakan sebilikku, Putri. Tapi bayangannya langsung tiada.
Mungkin dia keluar bersama teman lelakinya. Bila melihat jarum jam sudah berada
di angka 2 aku segera mengambil wudhu’ dan menjalankan tangunggjawabku sebagai
seorang muslim.
‘’Kau tahu tak yang ... ‘’ Belum sempat
aku menghabiskan percakapanku, Betty menyampuk. Ketika itu, aku dan Betty
sedang berada di hostelku. Betty tinggal di hostel lain tapi hubungan kami
tidak terputus.
‘’Tak tahu.’’ Sampuk Betty. Dia hanya
tersengih.
‘’Kau ni, aku tak habis cakap lagi.’’
‘’Dah memang aku tak tahu apa yang kau
nak cakap.’’
‘’Apa-apa jelah.Tadi, ada sorang lelaki
ni dia cakap dia sukakan aku. Gilakan?’’
‘’Hensem tak? Dia budak mana? Kita kenal
dia ke?’’
‘’Kejap. Satu-satulah nak tanya pun. Tak
terjawab aku.’’
‘’Jawab sekarang.’’
‘’Dia hensem pada pandangan aku. Tak
tahulah kau macam mana. Aku tak kenal dia. Tapi tak tahu kalau kau kenal dia.’’
‘’Kau suka dia?’’ Pap! Soalan itu
bagaikan menjerat leherku untuk bernafas. Aku cuba berlagak tenang.
‘’Gila apa. Takkan aku suka dia. Kenal
pun tidak.’’ Aku bangun dan mengambil laptop. Aku meletakkan laptop di atas
riba.
‘’Mesti nak tulis cerita haritu kan. Buat apa kau susah payah nak menaip pastu bukan nak letak kat mana-mana laman web. Buang masa.’’ Leter Betty. Aku hanya memekakkan telinga. Sudah lali dengan leterannya.
‘’Aku suka buat benda ni. Menulis ni
macam aku luahkan apa yang aku rasa sekarang.’’
Betty terus bangun dan keluar. Dia tahu
apabila aku sudah mula menulis, dia akan dipinggirkan. Hampir 2 jam aku
menghadap laptop tanpa henti. Setelah puas dengan hasil kerjaku, aku save dan shut down laptop.
********
Setelah menunaikan solat Asar, aku
mengambil keputusan untuk bersenam di taman rekreasi. Pakaian sukan telah aku
pakai. Sebelum jogging aku memanaskan
badan agar aku tidak akan sakit di mana-mana bahagian ketika jogging nanti. Sedang aku berehat di
bawah pokok setelah 15 minit jogging,
ada seseorang duduk di sebelah aku. Bila aku pandang wajahnya, lelaki yang meluahkan perasaannya kepadaku pada pagi
tadi.
‘’Apa
awak buat kat sini?’’ soalku kehairanan. Takkan dia ikut aku. Seramlah lelaki
ni.
‘’Datang sini nak buat apa lagi cik Ariana? Nak bersenamlah. Takkan nak joget poco-poco pulak.''
Aku mencebik. Buat lawak pulak laki ni. Menyampah aku. Aku terus bangun dan melangkah meninggalkan lelaki itu. Tidak sampai beberapa langkah, lelaki itu menghalang laluanku. Aku ke kiri dia ke kiri. Aku ke kanan dia juga ke kanan. Aku mengeluh.
''Awak nak apa lagi?''
"Nak awak.'' Ringkas dia jawab tapi cukup membuatkan aku terkedu. Mendalam betul kata-kata lelaki ni.
"Apa awak gila ke? Ingat saya ni apa? Saya bukan patung okay?'' Balas aku. Sakit pula hati aku. Suka-suki dia je.
"Awak bukan patung tapi awak pencuri. Sekarang awak kena ikut saya jumpa tok kadi."
"Aik? Kenapa pula kena jumpa tok kadi dan saya bukan pencuri. Berdosa tahu tak mencuri.'' Dia ketawa kecil. Boleh dia gelak sedangkan aku tengah sakit hati. Ada jugak yang makan kasut aku nanti.
"Awak ni comel tahu tak? Ya saya tahu mencuri tu dosa tapi awak dah curi hati saya. Sekarang awak ada dua pilihan je. Satu izinkan saya curi hati awak atau yang kedua kena pilih yang pertama. Awak nak pilih yang mana?''
Muka aku sekarang mesti dah berubah warna. Dia ni sweet talker la. Lama-lama aku boleh cair jugak dengan dia ni. Tapi pilihan dia takde beza pun.
"So, awak dah buat keputusan? Satu atau dua?''
"Apa beza kalau saya pilih pun. Dua-dua sama je. Awak saja je kan?''
"Saya cuma nak awak bagi peluang kat saya supaya saya boleh buat awak cintakan saya. Tapi kalau awak tetap tak cintakan saya, saya akan undur diri.''
"Tapi saya tak nak lebih-lebih. Kalau setakat kawan je boleh. Okay?''
"Okaylah dari tak dapat apa-apa langsung. Kita kawan?'' Ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Mungkin tanda mahu berkawan denganku.

Apa salahnya aku berkawan dengan lelaki ini. Cuma berkawan. Aku
menganggukkan kepala. Lelaki itu menjongketkan keningnya.
‘’Okay. Saya tak
bersalam dengan bukan muhrim. Berdosa.’’
‘’My bad. Thank you
so much sebab sudi berkawan dengan saya.’’ Dia menarik kembali tangannya. Dia terus meninggalkan aku. Huh! Langsung tidak beritahu namanya kepada aku.
*saje je tulis cerita ni. tak tau lah best ke tak. harap korang suka dgn cerita yg x seberapa ni . peace !
9 comments:
Hai. Blogwalking dari EmasPutih. Follow sini #296. Jemput ke blog saya - http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.my/
Penulis cerpen ker heheheh..
Singgah dari blogwalking emas putih....
haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow
mommy irra singgah dan follow #297
Entry Best. Boleh baca time-2 takde kerja. keep it up :D
Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D
Alja no 28 (www.cahayapermata.my)
Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...sy follower ke298 di sini ..
http://ilovebunga89.blogspot.my/
mesti ada sambungan lagi kan . mcm tergantung . best jugak.
@Maha Mahu biase-ii jee.. tulis bila bosan. hehehe
@The Kehalusan Kelembutan InsyaAllah. terima kasih
Post a Comment