Sunday, January 24, 2016

NOVEL: KAU TETAP MILIK AKU SELAMANYA (PART 12)

        
      
          ''Humaira, masuk bilik I sekejap,'' ujar Izz sambil masuk ke dalam biliknya. Muka serius semacam je. Gerun pulak aku tengok. Tidak lupa aku untuk membawa buku nota kecil yang mengandungi pelbagai temujanji Izz.

        Tok! Tok!

        Aku melangkah masuk dan terus berdiri di hadapan Izz. Dia merenung aku tanpa kelip. Itu membuatkan aku tidak selesa.

       ''Encik Izz?'' soal aku sambil melambai-lambaikan tangan di hadapan muka dia.

       ''Sorry.'' ujar Izz bagaikan baru sedar dari lamunan yang panjang.

       ''Awak dah pindah rumah Daniel? Bila?''

       Walaupun aku rasa kekok dengan soalannya, aku cuba menjawab dengan tenang.

       ''Baru je pindah. 2 hari lepas. Kenapa En. Izz tanya?

       ''Hmm.. Tak logik sebab dia baru cakap dengan saya yang dia nak ceraikan awak dalam masa terdekat tup-tup bawak awak tinggal sama-sama. Awak nampak tak permainan dia?

      ''Apa maksud En. Izz?'' soal aku dengan suara terketar-ketar.

      ''Daniel nak awak jatuh cinta pada dia kemudian tinggal awak begitu sahaja. Mungkin juga dia nak balas apa yang awak lakukan ketika di universiti dulu. Saya bukan apa, Daniel tu dah lama saya kenal. Dia tu jenis pendendam. Sampai mati dia akan ingat apa yang orang buat kat dia. Saya nasihatkan awak supaya hati-hati dengan Daniel.''

      ''Saya keluar dulu.''

       Izz tersenyum kemenangan. Puas hati aku. Padan muka kau Daniel! Perlahan-lahan Humaira akan jatuh ke tangan aku. Kau ingat dengan bawak Humaira tinggal dengan kau, kau akan dapat memiliki hati dia? Aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan Humaira.

********

        Takkan Daniel nak buat macam tu kat aku? Hari tu mati-mati dia cakap aku takkan lepaskan kau, aku cintakan kau. Sampai hati kau Daniel. Aku takkan terpadaya dengan janji manis kau tu!

        Kring! Kring! Kring! Deringan telefon mematikan lamunan aku. Nama Daniel tertera di telefon aku. Dengan malas aku angkat panggilan tersebut.

        ''Waalaikummussalam. Nak apa?'' soal aku malas. Sebelah tangan memengang telefon sebelah lagi laju menaip segala kerja yang perlu disiapkan.

       ''Kau lunch sendirilah. Aku ada banyak sangat kerja ni. Lagipun sebelum ni okay je kau makan sorang-sorang.'' Aku terus meletakkan panggilan tanpa menunggu balasan daripada suami 'tercinta'. Puas hati aku.

********

      Apa pulak masalah bini aku ni?Aku cakap elok-elok, dia jawab kasar. Desis Daniel. Dia mengeluh memikirkan telatah isterinya yang kadangkala menguji kesabarannya. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan sekeping hati milik Humaira Balqis. Hampir sahaja dia mahu berputus asa tetapi perasaan cinta yang masih utuh menyebabkan dia masih sanggup melakukan apa sahaja untuk isteri tercintanya.

*tergantung sangat kan? sorry. >.<